Isnin, 28 Februari 2011

Teleskop murah


Sila klik untuk mendapatkan imej yang lebih besar

Tiga teleskop murah
Ya, anda boleh membeli teleskop berkualiti tinggi pada harga $100

"Berapakah harga teleskop ini?" tanya salah seorang pelawat yang tengah mencerap sebuah balai cerap di tanah air. Soalan ini merupakan soalan cepu emas atau soalan yang kerap ditanya oleh pelawat di mana mana balaicerap. Nyata harga yang dinyatakan untuk memiliki sebuaah teleskop seperti yang baru sahaja lepas digunakan tadi memang agak mahal. Harga teleskop tersebut mahal kerana fungsi dan untuk memberikan kepuasan maksimum kepada penggunanya. Tetapi untuk individu persendirian yang ingin memiliki teleskop yang mampu dimiliki posting kali ini memberikan sedikit panduan.

Antara teleskop yang akan di review pada posting ini adalah:
1- Orion SpaceProbe 3 Altazimuth (Teleskop pemantul)
2- Orion SkyScanner 100mm TableTop (Teleskop pembias)
3- Orion GoScope 80mm TableTop (Teleskop pembias)


Orion SpaceProbe3 Altazimuth Reflector (kiri) mempunya time-tested yoke mount bersama thumbscrew slow-motion bar (chrome) untuk pergerakan menegak. Teleskop ini sangat seimbang walaupun tanpa slow-motion control. SkyScanner 100mm Table Top Reflector (tengah) besar sedikit daripada 80mm TableTop Refractor (kanan).



Setup
- Orion SpaceProbe 3 Altazimuth (Teleskop pemantul)
Sesetengah orang mungkin berasa kurang yakin ketika pertama kali memasang teleskop ini. Arahan yang diberikan sangat jelas dan semua perkakas keperluan ada terdapat sekali tetapi banyak komponen- komponen individual dan skru. Walaupun begitu, sesiapa sahaja yang biasa dengan peralatan mekanikal mampu untuk menyiapkan kurang dari setengah jam.

- Orion SkyScanner 100mm TableTop (Teleskop pembias) dan - Orion GoScope 80mm TableTop (Teleskop pembias)
Kedua-dua unit tabletop unit datang dengan hampir siap dipasang.
Diagonal threads GoScope terus kepada optikal tiub.



Mount
- Orion SpaceProbe 3 Altazimuth (Teleskop pemantul)
Mount untuk teleskop ini sama seperti teleskop pembias panjang yang lain tetapi ia berfungsi lebih bagus. Ini mungkin kerana tiub atau badannya berada dalam keseimbangan yang sempurna. Teleskop ini bergerak dengan lancar dan kekal di tempatnya. Ia akan bergoyang terutama sekali bila kakinya telah dipanjangkan sepenuhnya tetapi ia masih lagi kekal dalam hadnya asalkan angin bertiup tenang.

Malangnya ia akan bergoyang dengan kerap jika angin kencang - agak mengejutkan kerana berat keseluruhannya cuma 8 pound sahaja.

- Orion SkyScanner 100mm TableTop (Teleskop pembias) dan - Orion GoScope 80mm TableTop (Teleskop pembias)
Ia datang dengan pergerakan azimuth yang agak longgar tetapi boleh di adjust dengan mudah seperti yang dijelaskan di dalam manual penggunaan. Setelah siap,ia boleh menyaingi pergerakan alt-azimuth yang berharga beratus-ratus. Mount mereka berfungsi dengan baik di atas meja dan mereka juga mempunyai soket di tapak membolehkan mereka dicantumkan di mana-mana tripod dengan standard 3/8 atau 1/4inci threaded post.
Kedua-dua teleskop tabletop attach kepada mount mereka dengan standard dovetail bar.


Optical Design
1- Orion SpaceProbe 3 Altazimuth (Teleskop pemantul)
Teleskop ini merupakan teleskop pemantul newtonian 3 inci (76mm) f9.2 (Ini bermaksud focal length - lebih kurang sama dengan panjang tiub - 76 x 9.2 = 700mm). Ini merupakan rekaan klasik yang mudah untuk dihasilkan, dan panjang focal ratio yang relatif boleh berfungsi dengan eyepieces yang tidak mahal.

2- Orion SkyScanner 100mm TableTop (Teleskop pembias)
Teleskop ini merupakan teleskop pembias Newtonian 100-mm f/4.

3- Orion GoScope 80mm TableTop (Teleskop pembias)
Teleskop ini merupakan teleskop pembias akromatik 80-mm f/4.3. Rekaan ini akan menunjukkan halo berwarna di sekitar objek terang.
Ketiga teleskop ini mempunyai laluan cahaya yang membenarkan kesemua cahaya memasuki objektif untuk ke eyepiece.




Ia kelihatan sangat janggal untuk melihat menerusi finder apabila teleskop tabletop menghala tinggi ke atas.

Finder dan Focuser
Kesemua teleskop ini menggunkan Orion standard EZ Finder II. Spaceprobe dan SkyScanner datang dengan standard rack-and-pinion focusers. Sebaliknya GoScope menggunkan unconventional design dimana focuser menggerakkan kanta depan bukannya eyepiece.




Anak Flander mencuba SkyScanner


Di bawah Langit Malam
Teleskop ini telah diuji di kawasan taman di bandar, pinggir bandar dan kawasan yang agak gelap di luar bandar. Target termasuklah, Bulan, Musytari, Zuhal, Zuhrah, Pleaides dan beberapa kluster bintang, galaksi dan Nebula Orion.

Tidak memeranjatkan SpaceProbe 3 merupakan pemenang untuk Bulan dan planet bila menggunkana eyepieces yang dibekalkan. Setiap teleskop datang dengan 10-mm eyepiece, tetapi oleh kerana setiap teleskop mempunyai focal length yang berbeza ini menghaasilkan 35x untuk GoScope, 40x untuk SkyScanner dan 70x dengan SpaceProbe. Pembesaran ekstra SpaceProbe membolehkan kita melihat Bulan dan planet degan lebih jelas.

SkyScanner menunjukkan kelemahannya antara ketiga-tiga teleskop ini. Imej sukar untul difokuskan semasa dirakam, ini merupakan tanda spherical abberation. Walaubagaimanapun North Equatorial Belt Musytari dan gelang Zuhal dapat dilihat dengan jelas pada 40x oleh 10-mm eyepiece.

GoScope agak mengejutkan, apabila muncul naib juara. Ada had yang boleh diharapkan daripada f4/4, achromatic lens.Bulan, Zuhrah dan Musytari kelihatan dengan bayang halo ungu. Dengan menggunakan bantuan kanta Barlow untuk meningkatkan kuasa pembesaran GoScope ke 70x, planet Musytari dapat dilihat dengan jelas seperti dilihat menggunakan SpaceProbe. GoScope merupakan pemenang untuk melihat kluster bintang. Seperti SpaceProbe, bintang dilihat seperti sebuah titik sahaja, tetapi extra aperture membuatkan bintang yang kelam dapat dilihat dan kuasa pembesaran yang rendah pada 17.5x melakukan kerja yang lebih baik berbanding SpaceProbe 28x merakamkan Pleaides. SkyScanner juga memberikan hasil yang baik dalam kategori ini tetapi bintang-bintang tidak dapat dilihat dengan tajam seperti dua teleskop tadi. Tetapi extra aperture membuatkan bintang-bintang kelihatan lebih terang.

Untuk galaksi dan Nebula, dimana pengumpulan cahaya sangat dititikberatkan, teleskop ini diputuskan berdasarkan turutan aperture. 100-mm SkyScanner adalah yang terbaik, 80-mm GoScope di tempat kedua dan SpaceProbe di tempat ketiga. Perbezaannya sangat nyata semasa melihat keluarga andromeda: Messier 31, 32, dan 110. Di luar bandar, ketiga-tiga teleskop ini dapat menunjukkan ketiga-tiga galaksi tersebut.





Penguji teleskop, Joshua Roth (kiri) dan Tony Flanders bergambar bersama teleskop yang diuji. Dua tabletop teleskop attach kepada photo-tripod


Kesimpulan
Jika matlamat utaam adalah untuk melihat Bulan dan Planet dan anda cuma ada $100 untuk dibelanjakan, SpaceProbe 3 inci merupakan teleskop untuk anda. Ia memberikan 70x terus kepada anda dimana ia cukup untuk melihat Musytari.

Teleskop lain cuma mampu untuk menunjukkan gelang Zuhal dan Musytari dengan bantuan eyepieces yang berkuasa tinggi dan kanta Barlow dan ini semestinya akan melebihi bajet. Pada kedudukan ini anda pasti terfikir, adakah berbaloi anda membelanjakan $199.95 untuk StarBlast 4.5 inici di mana memberikan hasil yang lebih baik berbanding tiga teleskop ini.

Jika anda memikirkan tentang simplicity dan saiz yang kecil, tabletop unit merupakan satu kelebihan berbanding SpaceProbe. Kami menjangkakan kebanyakan orang memdapati GoScope lebih menarik kerana optiknya yang bagus dan focuser yang cemerlang. Tetapi penggemar deep-sky lebih kepada SkyScanner kerana ringan dan senang ditujukan ke langit.

Jujurnya, anda tidah boleh tersilap antara tiga teleskop ini; keupayaannya adalah berbaloi untuk harga. Saya terfikir alangkah baiknya jika teleskop ini boleh didapati di pasaran Malaysia dengan mudah.









Walaupun GoScope diletakkan pada kedudukan maksimumya, ia cume menghala 72 darjah di atas ufuk

Sabtu, 26 Februari 2011

SDO merakam prominen gergasi



Matahari terus aktif! Satu flare bersaiz besar (M 3.6 class) berlaku pada 24 Februari 2011 dan meghamburkan letusan plasma yang besar selama 90 minit. Kejadian ini dirakam in extreme ultraviolet light by NASA’s Solar Dynamics Observatory spacecraft. Sebahagian daripada unsur tersebut keluar ke angkasa dan ada yang jatuh kembali ke Matahari. Kerana imej SDO merupakan super HD (definisi tinggi), saintis boleh zoom in dan melihat aksi ini dengan jelas. Video ini dihasilkan menggunakan cadence of a frame diambil setiap 24 saat; Lihat salah satu imej dibawah

Spaceweather.com melaporkan Bumi cuma menerima sedikit kesan akibat letusan ini kerana awan plasma yang terhasil daripada letusan ini tidak sampai ke sini.


Prominen suria gergasi yang dirakam oleh SDO

Isnin, 21 Februari 2011

Aktiviti Tompok Matahari Masih belum Berhenti


Tompok Matahari 1161 pada 17-02-11 oleh John Chumack

Menurut laman web SpaceWeather: “Kawasan aktif 1161 yang berkembang pantas meletus pagi kelmarin menghasilkan M6.6-class solar flare di 1011 UT. Letusan yang dikategorikan sebagai hampir-X ini merupakan salah satu flare terkuat sepanjang tahun dan trend aktiviti suria yang tinggi ini akan bersambung seminggu lamanya”
Sementara itu aktiviti hari ini tidak memberikan sebarang impak negatif ke atas Bumi, tetapi siapa tahu ia akan member kesan kepada hari mendatang.


Tompok matahari 1158 pada 17-02-11 oleh John Chumack

Kerana tompok matahari 1158 yang aktif, sekarang merupakan masa untuk pencerap matahari untuk melihat “Wilson Effect” – satu kesan di mana penumbra tompok matahari lebih kecil ke arah pusat matahari.

Sabtu, 19 Februari 2011

Bulan Mencintai Kamu




Satu kawah berupa bentuk hati pada kawasan Galilae di Bulan. Kredit: ASA/GSFC/Arizona State University; 3-D by Nathanial Burton-Bradford.

Terima kasih kepada Nathanial Burton-Bradford untuk imej ini. Beliau menemui gambar ini ketika sedang membelek-belek di Lunar Reconnaissance Orbiter Camera’s data set. Sila lihat page Flickr Nathanial untuk versi yang lebih besar dan banyak lagi.

Isnin, 14 Februari 2011

Galaksi Bima Sakti (Milky Way)

Galaksi bima sakti atau pun milky way merupakan galaksi yang didiami oleh kita sekarang. Oleh kerana kita terletak di dalam galaksi bima sakti yang besar, kita tidak boleh mengambil gambar galaksi kita sendiri dari luar. Sebaliknya kita menggunakan gambar galaksi-galaksi yang lain untuk membantu kita menggambarkan apakah rupa sebenar galaksi kita jika dilihat dari angkasa.



Jika anda dapat pergi jauh ke angkasa dan melihat ke bawah iaitu ke arah galaksi kita, anda boleh melihat galaksi kita seperti sebuah ceper yang berpintal yang memerlukan 100,000 tahun cahaya untuk merentasinya. Jika anda melihat Galaksi Bima Sakti dari sebelah tepi pula, ia kelihatan seperti cakera nipis yang bersinar dan terbonjol di tengahnya. Ketebalan "cakera" ini kira-kira 3000 tahun cahaya (1 kpc). Matahari kita berada kira-kira 25,000 tahun cahaya (8kpc) dari pusat Bima Sakti.

NGC 4565, Galaksi Spiral atau pun dikenali sebagai Galaksi Jarum (Needle) terletak di Coma Berenices. Ini merupakan salah satu galaksi spiral seperti Bima Sakti dilihat dari Bumi.

Keseluruhan Galaksi Bima sakti ini sedang berputar di angkasa. Fakta ini diambil daripada Doppler shift of radiation from the spiral arms. Matahari kita bersama ahli keluarga planet-planetnya mengelilingi pusat galaksi kita kira-kira 250km/saat. Dengan kelajuan yang begitu menakjubkan ini, sistem solar kita memerlukan 220 juta tahun untuk melengkapkan satu peredaran.

Galaksi kita bergerak dengan sangat pantas di angkasa ke arah buruj Hydra pada kelajuan 600km/saat.

Jika anda boleh terbang merentasi Galaksi kita pada kelajuan cahaya, berapa lama yang anda perlu sampai untuk sampai ke hujungnya? ______________________________

Jawapan: 100,000 tahun <-- Highlight untuk jawapan
Penyelesaian: Bahagikan jarak (100,000 tahun cahaya) dengan kelajuan (1 tahun cahaya setahun)

Jumaat, 11 Februari 2011

Apakah itu Cahaya


Gambaran gelombang cahaya

Kebanyakan maklumat tentang alam semesta diperolehi dengan menganalisis cahaya bintang. Untuk menerangkan bagaimana cahaya dari bintang bergerak merentasi ruang kosong di angkasa sejauh trilion kilometer ke arah teleskop yang sedang menunggu, ahli astronomi menggambarkan cahaya sebagai salah satu bentuk gelombang.

Gelombang ialah arus turun naik yang memindahkan tenaga daripada sumber ke penerima. Pergerakan gelombang dapat dilihat dengan jelas di lautan. Semasa ribut melanda, ombak yang menghempas menunjukkan dengan jelas tenaga yang dibawa bersama.

Gelombang cahaya dikira sebagai elekromagnetik mengandungi kesan magnetik dan elektrik yang berubah-ubah. Gelombang cahaya membawa bersama tenaga daripada caj elektrik dalam bintang (sumber) ke caj elektrik di dalam retina mata anda (penerima). Lihat rajah di atas.

Apakah itu gelombang? ________________________________________________________
________________________________________________________

Gelombang ialah arus turun naik yang memindahkan tenaga daripada sumber ke penerima. <-- Highlight untuk jawapan

Khamis, 10 Februari 2011

Galaksi NGC 157




Bolehkah galaksi NGC 157 menahan peluru atau membengkokkan besi? Ini cumalah imaginasi diumpakan ke atas galaksi yang mempunyai pelbagai jenis bintang yang berkumpul di bahagian tengahnya dan membentuk seakan akan huruf "S"sama seperti simbol hero Superman. Imej ini telah diambil oleh HAWK-I (High-Acuity Wide-field K-band Imager) menggunakan Very Large Telescope yang terletak di Chile. HAWK-I menggunakan cahaya infra merah yang membenarkan kita melihat menerusi gas dan habuk yang kebiasaannya menghalang pandangan kita yang terlindung dari penglihatan.

Melihat kepada galaksi ini serta galaksi lain yang sama seperti ini, ahli astronomi boleh mempelajari tentang pembentukan bintang kerana proses sama yang dilalui Bima Sakti untuk membentuk bintang kita iaitu Matahari yang terjadi sekitar 4.5 billion tahun dahulu juga berlaku kepada bintang-bintang di NGC 157.

NGC 157 adalah malap - magnitudnya cuma 11, tetapi boleh dilihat menggunakan teleskop amatur yang besar. Ia terletak dalam Buruj Cetus (the Sea Monster)

Rabu, 9 Februari 2011

Binokular untuk malam di bandar



Cerapan yang bagus akan terhasil daripada perancagan yang rapi - sama ada anda seorang amatur atau professional.

"Perancangan" bermaksud apakah perlatan yang sesuai dan tidak sesuai digunakan serta menyusun projek tersebut dengan teratur. Post kali ini menceritakan tentang cerapan di kawasan langit yang tercemar dengan cahaya. Gambar pada post di sini bertindak sebagai finder chart

64,65 Geminorum Star Pair RA: 7^h 30^m Dec: +27.9
Dengan menggunakan teropong atau binokular, bintang Castor dan Pollux yang bermagnitud 5.0 dan 5.1 yang berada dalam buruj Gemini dapat dilihat. Jika dilihat dengan teliti, tona warna putih dan kuning akan dapat dilihat


M35 Open Cluster RA:6^h 09^m Dec: +24.4 darjah
Kawasan di atas Cator sehingga ke bahagian "kaki" Gemini merupakan bandar besar yang mengandungi lebih 200 bintang kira-kira 2800 tahun cahaya jauhnya yang menghasilkan photon yang mencukupi sehingga boleh dilihat dikawasan bandar yang terang.

M44 Kluster di dalam Buruj cancer RA: 8^h 40^m Dec: +19.7 darjah
Ahli yang paling terang di dalam Beehive Cluster membentuk rupa seakan-akan kubah sarang lebah dengan lebah-lebah berkeliaran di sekitarnya. Ia mengandungi beberapa kumpulan bintang; yang paling menyerlah ialah pasangan kuning-putih di utara "sarang lebah": 39 dan 40 Cancri, bermagnitud 6.5 dan 6.6, berjarak 150"


Rho^1 (p^1) Cancri Double Star RA:8^h 53^m Dec: +28.3 darjah
dari M44, bergerak sebanyak 9 darjah ke utara untuk melihat Iota Cancri. Satu darjah sedikit ke timur tenggara adalah Rho^1 (55) dan 53 Cancri, sepasang kuning dan oren kuning bermagnitud 6.0 dan 6.3 berjarak 278". Rho^1 diketahui mempunyai lima planet termasuk antara yang pertama ditemui di luar sistem suria. Jauh sedikit dari Iota tetapi pada arah adalah Rho^2, sebuah bintang.

Orion's sword (Pedang Belantik) Asterism RA: 5^h35^m Dec: -6 darjah
Tidak kisah berapa kerap anda ke sini, anda pasti boleh mempelajari Orion's sword dengan lebih mendalam.Struktur asasnya mengandungi empat kumpulan utama. Kumpulan 1 merupakan open cluster NGC 1981, 42 dan 45 Orionis termasuk dalam kumpulan 2, kumpulan 3 berdekatan dengan Great Orion Nebula, M42 dimana Theta Orionis berada di jantungnya manakala kumpulan diserlahkan oleh Iota Orionis bermagnitud 2.8.


Orion's Belt Asterism RA: 5^h 35^m Dec: -1 darjah
Banyak juga benda yang boleh diperhatikan di Orion's Belt. Cari "Orion's S," dan perhatikan bintang yang berwarna merah di bahagian sebelah bawah S.

Selasa, 8 Februari 2011

Ekuinoks dan Solstis

Anda boleh menentukan kedudukan matahari di langit pada hari apa sahaja dengan melihat kepada glob samawi dan peta langit mendatar yang biasa.

Vernal Ekuinoks yang berlaku pada 20 Mac, merupakan kedudukan semasa Matahari semasa ia merentasi khatulistiwa samawi ke Utara. Ia merupakan titik pada sfera samawi yang berada O^h of right ascension (R.A.). Autumnal Ekuinoks yang berlaku pada 23 September merupakan kedudukan matahari merentasi khatulistiwa samawike selatan. Pada waktu ekuinoks ini, siang dan malam mempunyai panjang yang sama.

Solstis musim panas yang berlaku pada 21 Jun dan Solstis Musim Sejuk yang berlaku pada 21 Disember merupakan kedudukan matahari yang paling utara dan selatan dalam setahun. Ketika ini berlaku hari yang paling panjang dan yang paling pendek.


Peta langit

Merujuk kepada rajah di atas; Kenal pasti Vernal Equinoks ____; Autumnal Ekuinoks ____; Solstis Musim Panas ____; Solstis Musim Sejuk ____;

Jawapan; c; a; b; d <-- Highlight untuk jawapan

Isnin, 7 Februari 2011

Hari Ini Dalam Sejarah (7 Februari)

Pagi tadi semasa mendengar radio dalam berita terdengar tentang sorotan hari ini dalam sejarah iaitu pada 7 Februari 1990. Pada tarikh ini Planetarium Negara telah dibuka dengan rasminya. Planetarium negara mula dibina pada 1990 dan siap pada 1993. Planetarium negara telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pada asalnya Planetarium Negara diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi selepas satu tahun setengah penubuhannya ia telah diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Sila layari website Planetarium Negara untuk info terkini

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KE-18 PLANETARIUM NEGARA

Cerapan Hilal Rabiul Awal 143H

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapan selamat menyambut Tahun Baru Cina dan maafkan saya kerana rasanya sudah lama blog ini tidak dikemaskini. Pada 29 Safar 1432H bersamaan 3 Februari 2011 saya sekeluarga pergi mencerap hilal Rabiul Awal 1432H. Mula bertolak dari rumah pada pukul 4.30 petang bersama keluarga menuju ke Kompleks Falak Al Khawarizmi (KFAK) di Tanjung Bidara. Setibanya di KFAK, kami terus ke surau untuk menunaikan solat Asar. Selepas itu, kami menuju ke pantai yang terletak di bawah KFAK menikmati suasana pantai untuk seketika sebelum cerapan.


Berjalan ke pantai sebelum mencerap
Antara Staff Jabatan Mufti yang sedang bertugas

Pada pukul 7 petang kami ke pelantar cerapan di Balaicerap lama untuk sesi cerapan. Pada hari itu, cerapan turut disertai Jabatan Pelajaran Johor dari bahagian agama seramai 50 orang. Cuaca pada petang itu amat baik. Langit berkeadaan cerah dan angin bayu laut bertiup agak kencang tetapi keadaan ufuk agak berawan sedikit menyebabkan hilal tidak dapat dilihat walaupun menggunakan bantuan teleskop Meade LX200 dan teodolit.
PETRONAS Penapisan Melaka, Tangga Batu antara objek yang dapat dilihat dari KFAK
Dr. Kassim memberikan taklimat sebelum cerapan langit malam bermula
Antara pelawat yang hadir

Pelawat sedang mencerap Musytari menggunakan teleskop Meade LX200

Selepas solat maghrib, proses cerapan objek samawi seperti planet musytari beserta satelitnya, bintang dan buruj. Proses cerapan berakhir kira-kira pukul 10 malam.
Musytari dan empat satelit yang berjaya dicerap malam itu.