Sabtu, 27 Jun 2009

Jutaan Pembunuh

Ahli astronomi sedang memikirkan cara untuk mengurangkan risiko hentaman asteroid. Tetapi adakah ianya sudah terlambat?

Ahad, 13 April 2046
5.06pm
Waktu tempatan. Matahari kedua menerangi langit Beijing. Dalam sekelip mata, ia menghentam bandar itu, menghasilkan letupan yang amat besar, 100,000 kali kuasa ledakan bom atom di Hiroshima. Sebuah asteroid dengan diameter 300 meter baru sahaja melanggar Bumi....
Beijing, China

Ledakan bom atom di Hiroshima

5.07pm
Gelombang bebola api menghapuskan semuanya dalam lingkungan 20 kilometer dari impact point. Dalam lingkungan ini kepanasannya sangat dirasai sehingga 100 kilometer jauhnya, orang awam di jalanan menerima third degree burns. Cuma yang berada di dalam bangunan sahaja yang bernasib baik dan berjaya melarikan diri daripada kebakaran itu. Gelombang daripada impact ini akan menumbangkan pokok dan bangunan sehingga 50 kilometer jauhnya.

5.08pm
Satu gegaran seismik yang dahsyat mengakibatkan suasana panik sehingga 200 kilometer jauhnya dari tempat hentaman asteroid, sehingga menggoyangkan bangunan dan menganggu sistem pengangkutan.
5.09pm
Butiran-butiran batu mula menghujani dari langit, mengakibatkan ribuan kebakaran di seluruh rantau.
5.13pm
Pasir dan habuk menghujani Mongolia, Jepun, Korea dan Rusia.
11.50pm
Seluruh dunia kini mengetahui malapetaka yang tidak dapat dibayangkan telah berlaku, mengorbankn 10 juta nyawa. Pada bahagian pasifik yang lain, di Vancouver, Kanada, orang ramai mula berhimpun di jalanan setelah melihat berita di TV. Tiba-tiba bisikan bergerak melalui khalayak tersebut. Mereka mendengar letupan itu dengan jelas............ pada 1200km/j, bunyi hentaman telah tersebar lebih perlahan dari berita di TV, tetapi ianya sangat kuat sehingga boleh didengari ribuan kilometer dari tempat hentaman.

Selasa, 23 Jun 2009

Peristiwa falak - Detik kemerdekaan Malaysia

SEBELUM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Bapa Kemerdekaan Malaysia mengetuai rombongan ke London untuk berunding tentang tuntutan kemerdekaan dengan kerajaan Inggeris pada 1 Januari 1956, Tunku telah meminta nasihat daripada Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu yang juga merupakan salah seorang tokoh di bidang ilmu falak.

Tunku Abdul Rahman beranggapan bahawa beliau perlu berjumpa dengan Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia) yang pada pendapatnya mempunyai firasat dan kasysyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu (Mokhtar Petah, 1997).

Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab: "am khir atana" (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Beliau juga melarang pemuda-pemuda UMNO (United Malays National Organization) dari memberontak dan merampas kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini. Jika kemerdekaan tidak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki itu, Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962.

Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.

Menarik untuk diperkatakan mengenai tarikh kemerdekaan yang dipilih oleh Syeikh Abdullah Fahim. Menurut seorang guru dari Sekolah Agama Daeratul Ma'arif Al Wataniah (DMW) di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bahawa sejenis alat digelar astrolabe kepunyaan Syeikh Abdullah Fahim ada disimpan di bilik pengetua sekolah tersebut dan dikatakan bahawa Syeikh Abdullah Fahim biasa menggunakan alat astrolabe ini bagi menghitung pergerakan cakerawala terutamanya buruj-buruj bintang.

Mengambil kira hakikat ini atas ilham pemilihan tarikh kemerdekaan yang dibuat oleh Syeikh Abdullah Fahim, tentu ada sebab yang berpatutan yang mendorong tarikh 31 Ogos 1957 ini dipilih, istimewanya mungkin dari kedudukan buruj-buruj bintang yang boleh kelihatan pada waktu maghrib sempena detik kemerdekaan negara 1957.

Rajah 2 menunjukkan bahawa pada malam kemerdekaan didapati empat buah buruj sedang berada di ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan 4 Safar 1377 H, malam Sabtu. Buruj-buruj tersebut ialah Buruj Scorpius (Kala Jengking), Buruj Libra (Dacing), Buruj Virgo (Anak Dara) dan Buruj Kapal Layar (The Sail). Kelihatan juga dua buah planet yang sangat terang pada ketika itu iaitu Musytari (kecerahan 100 peratus) dan Zuhrah atau bintang Kejora dengan kecerahan 79 peratus berhampiran Buruj Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam Buruj Libra.

Apabila dua simulasi kedudukan malam yang berlainan bagi tarikh pilihan Syeikh Abdullah Fahim diperbandingkan iaitu bagi malam 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962 (29 Rabi'ul Awal 1382), adalah didapati jasad cakerawala berkedudukan serupa terutamanya bintang Kejora yang terang di ufuk barat pada waktu itu.

Apa yang lebih menarik lagi ialah Buruj Libra (Dacing) dan Buruj Kapal Layar yang kelihatan dengan jelas di angkasa. Tidak diketahui sama ada pemilihan dua tarikh tersebut oleh Syeikh Abdullah Fahim mempunyai kaitan rapat dengan politik Malaysia pada waktu itu atau di masa kini di mana Buruj Dacing tampak sangat sinonim dengan lambang Barisan Nasional manakala Buruj Kapal Layar berbetulan pula dengan lambang Parti Perikatan yang menang majoriti dalam pilihan raya 1955 bagi mencapai hasrat kemerdekaan dalam tempoh empat tahun (1959), namun kemerdekaan telah berjaya dicapai lebih awal lagi iaitu dalam masa dua tahun sahaja.

Pada 16 September 1963; Malaya, Singapura, Sarawak, dan Sabah (dikenali dengan Borneo Utara) telah bersetuju untuk membentuk negara Malaysia. Brunei, yang turut menyatakan hasrat untuk menyertai persekutuan Malaysia telah membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir. Namun, tidak ramai di antara kita yang menyedari rahsia di sebaliknya apabila permasyhuran Malaysia pada hari itu telah dimeterai oleh peristiwa falak seumpama "mata rantai yang mengikat antara keduanya". Banda raya Kuala Lumpur turut diisytiharkan sebagai ibu kota negara Malaysia dengan lokasinya yang berada di pertemuan antara Sungai Gombak dan Sungai Klang.

Menara Kuala Lumpur, menara keempat tertinggi di dunia dan juga yang tertinggi di Asia Tenggara merupakan satu projek mega Telekom Malaysia yang mula dibina pada tahun 1992 dan disiapkan empat tahun kemudian. Ia menjadi mercu tanda ibu kota di samping Menara Petronas atau KLCC.

Menara Kuala Lumpur diketahui berada pada latitud 3o09'06" Utara dan longitud 101o42'09" Timur. Menurut perkiraan adalah didapati matahari transit di meridian Menara Kuala Lumpur pada jam 1:18:09.90 tengah hari pada 29 Mac 2003 dan pada jam 1:08:37.50 tengah hari pada 15 September 2003 iaitu hampir genap 40 tahun Ulang tahun Pemasyhuran Malaysia yang jatuh pada 16 September 1963.

Setelah matahari melalui garisan Khatulistiwa (equator, 0 darjah) pada 21 Mac 2003, pada 29 Mac 2003 ia akan melalui meridian (meridian transit) Menara Kuala Lumpur. Peristiwa ini berlaku pada jam 1:18:09.90 tengah hari tetapi matahari ketika ini adalah di deklinasi 3o12'57" Utara iaitu lebih tepat di suatu tempat dalam jarak lingkungan 7.130 kilometer dari Menara Kuala Lumpur. Meridian transit matahari atas Menara Kuala Lumpur hanya berlaku pada jam 9:18 pagi dengan ketinggian matahari 30o04'24" pada arah azimuth 88o10'51" di sebelah timur sedangkan ketinggian sebegini bukan lagi pada titik maksimum matahari zenith (rembang) di atas kepala.

Begitu juga pada 15 September 2003, peristiwa meridian transit di atas Menara Kuala Lumpur pada jam 1:08:37.50 tengah hari itupun tidak betul-betul berada bersegaris secara vertical crossing (lintasan menegak). Ini kerana pada waktu itu matahari di deklinasi 3o11'23" Utara. Tempat di sekitar Kuala Lumpur yang betul-betul berada di bawah transit matahari ini ialah dalam jarak lingkungan 4.228 kilometer dari Menara Kuala Lumpur. Namun matahari hanya tepat di atas Menara Kuala Lumpur pada jam 3:31:30 petang sewaktu matahari telah pun condong ke barat di altitud (ketinggian) 54o20'19" dan pada arah azimuth 271o00'54". Ketinggian begini (54 darjah) juga bukan lagi berada pada titik maksimum matahari zenith di atas kepala.

Matahari kemudiannya akan berada di garisan Khatulistiwa (0 darjah) pada 21 September. Ketika ini, bandar Pontianak di Kalimantan, Indonesia adalah berada tepat dengan meridian transit matahari. Tugu Khatulistiwa di situ adalah penanda rasmi peristiwa matahari transit ini.

Bagi Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang pula, meridian transit matahari adalah berlaku pada tarikh 3 April 2003 pada jam 1:22:13.50 tengah hari tetapi hanya benar-benar tepat bagi tempat di lingkungan 22 kilometer darinya. Peristiwa meridian transit di USM turut berlaku pada 10 September 2003 ketika tengah hari pada jam 1:15:56.50 tengah hari tetapi transit matahari ini lebih tepat berada pada tempat lingkungan 29.076 kilometer.

Walaupun peristiwa falak mempunyai beberapa hubungan yang berkait dengan sejarah negara, ini sebenarnya adalah suatu yang lumrah dan bukannya suatu kuasa kosmik yang luar biasa. Maksud di sini ialah peristiwa falak menjadi titik-tolak bagi meraikan hari yang bersejarah secara kesederhanaan di mana kita boleh jadikannya sebagai satu iktibar bahawa perjalanan alam ini telah diatur sedemikian rupa oleh Allah Ta'ala dan mempunyai erti yang amat besar bagi orang-orang yang mahu merenunginya. Dalam disiplin ukur tanah, sesuatu ukuran lot sempadan tanah adalah diukur dan diikat dengan posisi kedudukan matahari bagi menentukan arah utara, selatan, timur dan barat bahkan juga arah kiblat. Ini secara langsung menunjukkan bahawa peristiwa falak tidak sahaja `mengikat' sesuatu hari yang diraikan itu, bahkan ia turut sama mengikat kedudukan kita di atas muka bumi ini atau dalam erti kata lain ialah "darinya juga kita akan dikembalikan". Kita tidak dapat lari ke mana-mana di alam ini kerana kita sebenarnya telah diikat rapi oleh masa dan ruang. Peristiwa falak adalah masa dan ruang itu.-

Nor Azam Mat Noor, Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Sumber : Utusan Malaysia, 31 Ogos 2004

Ahad, 14 Jun 2009

Lokasi di Sfera Samawi

Setiap bintang mempunyai lokasi di atas sfera samawi, dimana ia kelihatan bila dilihat dari Bumi. Right ascension dan declination bagi bintang untuk standard epoch atau titik masa dipilih sebagai rujukan tetap, berubah sedikit dalam tempoh beberapa tahun. Ia boleh dibaca dari glob samawi, atlas bintang atau perisian komputer.

Lokasi atau kedudukan Matahari, Bulan, dan planet di sfera samawi kerap berubah-ubah. Anda boleh mencari kedudukan bulanannya dipenerbitan astronomi semasa, website dan perisian komputer.

Kenapa bintang sentiasa berada pada koordinat yang sama di sfera samawi, tetapi Matahari, Bulan, dan planet kerap kali berubah.
Bintang-bintang berada sangat jauh dari Bumi untuk mata kasar melihat mereka bergerak walaupun mereka sebenarnya bergerak berkilometer sesaat dalam pelbagai arah. Matahari, Bulan, dan planet-planet lebih hampir ke Bumi. Kita melihat mereka relatif kepada bintang-bintang yang jauh. <-- Highlight utk jawapan

Apa yang dicipta dahulu, langit ataupun bumi?

Ayat-ayat al-Quran semasa berbicara mengenai isu ini memberikan maklumat yang secara zahirnya nampak seolah-olahnya bercanggah. Sebagai contoh, dalam surah an-Naziat, ayat 27 hingga 30 Allah mengatakan langit dicipta terlebih dahulu daripada bumi. Allah menjelaskan, "Kamukah yang sulit penciptaannyaataukah langit? Allah sudah membangunnya. Dia meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya dan dia menjadikan malamnya gelap gelita serta menjadikan siangnya terang benderang. Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (bagi kemudahan penduduknya)."

Tetapi dalam surah al-Baqarah, ayat 29 Allah mengatakan Bumi dicipta dahulu daripada langit. Allah berfirman "Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian dia berkehendak menuju ke arah langit lalu dijadikannya tujuh langit dan dia maha mengetahui segala sesuatu."

Ayat-ayat yang nampak bercanggah ini menggembirakan mereka yang ada penyakit di hati terutamanya dikalangan musuh-musuh Islam. Namun bagi ulama Islam mereka tidak melihat ini sebagai suatu percanggahan. Sebaliknya, bagi mereka, ayat-ayat ini menceritakan berkenaan dimensi langit yang berbeza dan melibatkan proses kejadian di peringkat yang berbeza.

Di dalam al-Asas fi al-Tafsir, as-Syeikh Said Hawa mengutarakan satu pandangan yang menarik berhubung isu ini. Semasa memberi komen mengenai surah al-Baqarah, ayat 22 hingga 29 beliau berkata, "Dalam ayat ini perkataan lagit (iaitu samaa' dalam bahasa arab) disebutkan sebanyak empat kali, 'iaitu (menjadikan) langit sebagai bangunan', 'Dia menurunkan hujab daripada langit', 'Dia menuju ke langit' dan 'Dia menjadikan tujuh langit'. Pada pandangan saya, langit dalam ayat pertama berkaitan dengan penciptaan langit secara umumnya. Langit dalam ayat kedua berkaitan bahagian atmosfera yang terdekat dengan bumi terdapat awan-awan padanya. Langit dalam ayat ketiga mempunyai maksud yang sama dengan ayat pertama. Walaupun ayat keempat yang berkaitan dengan kejadian tujuh lapis langit, ia merupakan langit yang khusus. Apabila kita kaitkan semua ini dengan ilmu moden, kita diberitahu bahawa galaksi-galaksi, (dan sistem solar hanya sebahagian daripadanya) berumur lebih kurang 10 bilion tahun dan bumi serta matahari berumur lebih kuran 4.5 bilion tahun. Ia bermaksud langit dicipta terlebih dahulu daripada bumi. Justeru sebahagian daripada kita berasa terkejut apabila diberitahu bahawa al-Quran mengatakan bumi diciptakan terlebih dahulu daripada langit. Sebenarnya Quran mengatakan bumi dicipta terlebih dahulu sekiranya dibandingkan dengan penciptaan bumi dengan penciptaan langit secara amnya, sudah pasti penciptaan bumi berlaku selepas penciptaan langit."

Kenyataan Said Hawa menunjukkan ayat-ayat Quran berhubung dahulu atau pun kemudiannya kejadian langit dan bumi sebenarnya tidak bercanggah antara satu sama lain. Hal ini disebabkan kejadian langit menpunyai fasa-fasanya. Ada fasa yang berlaku sebelum kejadian bumi dan ada yang berlaku selepas itu.

Dalam konteks ini, pandangan Imam Alusi sememangnya relevan kerana beliau berkata, "(Apa yang boleh difahami adalah), langit sebenarnya dicipta sebelum bumi. Bumi dicipta selepas penciptaan langit. Selepas itu baru berlaku penciptaan tujuh lapisan langit. Kemudian selepas itu baru lahir logam-logam serta tumbuh-tumbuhan diikuti dengan alam haiwan dan disusuli dengan manusia..." Pandangan Imam Alusi ini dinukilkan oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir.

Justeru, berdasarkan Quran, langit dicipta terlebih dahulu berbanding bumi. Hal ini adalah berdasarkan kenyataan Allah dalam surah an-Naziat ayat 30 yang bermaksud, "Dan Bumi sesudah (langit dibangunkan) dihamparkannya (bagi kemudahan penduduknya)." Penciptaan langit berlaku lebih daripada 10 bilion tahun dahulu selepas ledakan Big Bang. Selepas ledakan itu lahir bintang-bintang, planet-planet, dan galaksi di langit atau kosmos. Proses ini disusuli dengan proses kejadian bumi lebih kurang 4.5 bilion tahun dahulu. Suhu bumi pada masa itu berada di tahap tinggi justeru tidak sesuai dihuni oleh sebarang hidupan. Selepas proses penyejukan berlaku dan dengan itu gas-gas dihasilkan terutamanya karbon dioksida, nitrogen dan air. Gas-gas ini menjadi asas kepada kejadian atmosfera yang melitupi bumi. Proses kejadian atmosfera ini bermula lebih kurang sejuta tahun selepas kejadian bumi. Atmosfera mempunyai tujuh lapis. Hal ini dilaporkan di physicalgeography.net oleh Dr. Michael Pidwirny daripada Unversity British Columbia Okanagan di bawah tajuk The Universe, Earth, Natural Spheres, and Gaia. Justeru, ayat-ayat al-Quran yang menyatakan langit dicipta selepas penciptaan bumi dapat dikaitkan dengan proses penciptaan atmosfera ini.

Tambahan daripada itu, aktiviti penciptaan di langit tidak ada noktahnya. Sebagai cintoh, proses kejadian bontang-bontang baru terus sahaja berlaku walaupun kejadian bumi sudah sampai ke tahap kesempurnaannya. Sebagai contoh, pada tanggal 7 Januari 2000, Science Daily melaporkan NASA, melalui Hubble Space Telescope, berjaya mengesan kejadian bintang-bintang baru yang dikenali sebagai NGC 4214 di galaksi yang berdekatan. Justeru kenyataan langit dicipta selepas penciptaan Bumi sememangnya berasas apabila dikaitkan dengan proses-proses ini.

Ahad, 7 Jun 2009

Koordinat Samawi

Ahli Falak melukis garis bayangan mengufuk dan menegak pada sfera samawi sama seperti garis latitud dan latitud di Bumi. Mereka menggunakan koordinat samawi untuk menentukan arah objek di langit.
Khatulistiwa samawi merupakan projection khatulistiwa Bumi keluar ke langit. Angular distance di atas atau di bawah khatulistiwa samawi dipanggil declination (dec). Jarak dihitung sepanjang khatulistiwa samawi dari titik kosong, vernal equinox (titik awal hamal), dipanggil right ascension (RA), kenaikan kanan atau Matla' Mustaqim. Right ascension kebiasaannya diukur dalam jam (h) dengan 1^h=15 darjah

Seperti mana-mana bandar di atas muka Bumi, ia boleh dicari menggunakan koordinat longitud dan latitud. Mana-mana objek di langit boleh dicari atas sfera samawi menggunakan koordinat right ascension dan declination.

Arasy di atas Air

Berbalik kepada surah Hud ayat 7, selepas Allah berkata langit dan bumi dicipta dalam masa enam hari, dia menegaskan, "Dan adalah arasy (Allah) di atas air..."

Kefahaman oleh ayat inidiperincikan oleh hadis yang dilaporkan oleh Muslim bermaksud, "Sesungguhnya Allah menetukan ketentuan-ketentuan mengenai semua makhluk 50,000 tahun sebelum kejadian langit dan bumi. Dan Arasynya di atas air."

Semasa menerangkan ayat ini, Syed Qutub berkata, "Semasa Allah menceritakan berkenaan kejadian langit dan bumi (dalam enam masa), Allah terus menyambungnya dengan kenyataan bahawa Arasy Allah berada di atas air. Apa yang dapat dimanfaatkan daripada kenyataan ini adalah semasa berlaku proses kejadian langit dan bumi, iaitu semasa langit dan bumi sedang menjelma keluar dalam bentuknya yang ditetapkan oleh Allah. Pada masa itu air sudah wujud dan Arasy Allah berada di atas air. Walaupun persoalan mengenai bagaimana terjadinya air ini, di mana ia sebenarnya dan bagaimana kedudukan Arasy itu di atas air, kesemua ini dan yang lain-lain seumpamanya adalah perkara ghaib yang kita tidak ada pengetahuan mengenainya melainkan sekadar ilmu yang diberikan Allah berpandukan ayat ini." Hal ini disebutkan di dalam Fi Zilal al-Quran.



Ada sesuatu yang dapat kita manfaatkan daripada kenyataan ini iaitu air wujud di peringkat awal proses kejadian langit dan bumi sebelum wujudnya hidup-hidupan lain. Kenyataan ini memang selari dengan penemuan sains semasa kerana selepas berlaku Big Bang berlaku lebih kurang 14 billion tahun dahulu, dua jenis gas wujud dan mendominasi angkasa, iaitu hidrogen (80%) dan helium (20%). Gas-gas ini kemudiannya melalui beberapa proses sehingga melahirkan bintang-bintang dan galaksi. Sebahagian daripada bintang-bintang ini meletup (exploded) sekali gus melahirkan oksigen. Oksigen bercantum dengan hidrogen dan dengan itu lahir molekul yang stabil yang bernama air. Para saintis mendapati angkasa, pada peringkat awal kejadian alam, dipenuhi dengan molekul-molekul air sekali gus menunjukkan air tidak dapat dipisahkan daripada proses kejadian alam berbilion-bilion tahun dahulu. Hal ini dilaporkan dalam Journal of Hydrological Sciences (1991) oleh Dr. Vincent Kotwicki.

Harvard Gazette bertarikh 25 Februari 1999, dalam artikel bertajuk Water, Water Everywhere - Radio Telescope Finds Water Is Common In Universe oleh Lee Simmons, dilaporkan kajian terkini menunjukkan air sememangnya memenuhi angkasa raya. Penemuan ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui sistem satelit yang dikenali sebagai Submilimeter-Wavw Astronomy Satellite (SWAS) yang dilancarkan ke angkasa lepas pada 5 Disember 1998. Melalui sistem satelit ini air didapati memenuhi kawasan angkasa yang menjadi tempat kelahiran bintang-bintang dan planet-planet baru. Kawasan ini dikenali sebagai interstellar clouds.




SWAS

Interstellar clouds IC 1396

Apabila diambil kira penemuan ini dan dikaitkan dengan Surah Hud, ayat 7 yang bermaksud, "Dan dia yang mencipta langit dan bumi dalam masa enam hari dan adalah Arasynya di atas air," ia mungkin bermaksud Arasy Allah, walaupun merupakan makhluk seperti langit dan bumi, namun ia terpisah daripada proses kejadian langit dan bumi. Perkataan air dalam ayat ini dapat dikaitkan dengan angkasa raya luas yang dipenuhi air. Ia sekali gus menampakkan kepada kita Arasy Allah yang berada di atasnya adalah lebih luas daripada angkasa serta alam ini.

Justeru kenyataan Allah yang bermaksud "Arasynya di atas air" membawa maksud "Arasy Allah berada di kawasan yang lebih tinggi iaitu di atas angkasa raya dan angkasa raya yang dipenuhi air berada dibawahnya." Kedua-duanya adalah terpisah daripada satu sama lain. Alam ini dan hidupan yang terdapat dalamnya memerlukan air, tetapi Arasy agak berbeza kerana ia berada di atas air dan ia tidak memerlukan air. Justeru, Arasy berada di dimensi yang berbeza. Ia adalah benda ghaib dan berada di alam ghaib.

Ayat-ayat seumpama ini adalah peringatan kepada para saintis supaya tidak tenggelam lemas dalam lautan sains sehinggakan mereka mengingkari kewujudan alam ghaib. Sains bukanlah segala-galanya. Ada perkara dalam kehidupan dan alam ini yang tidak mampu diukur oleh sains.

Selasa, 2 Jun 2009

Lokasi di Bumi



Lebih banyak anda faham mengenai bintang dan pergerakan mereka anda akan lebih seronok menikmati cerapan. Celestial Globe atau Glob Samawi membantu anda mencari objek di langit seperti mana Glob Bumi membantu anda mencari tempat di Bumi.

Imbas kembali bagaimana peta Bumi befungsi. Kita membayangkan Bumi sebagai sebuah sfera dan melukis garisan bayangan di atasnya. Semua lokasi dan jarak diukur dari dua titik rujukan, setiapnya ditanda 0 degree. salah satu garis adalah khatulistiwa, bulatan terbesar di pertengahan antara Kutub Utara dan Selatan yang membahagikan glob kepada separuh. Garis yang lain adalah prime meridian, dari kutub ke kutub melalui Greenwich, England.

Garis bayangan yang selari dengan khatulistiwa dipanggil latitud. Garisan dari kutub ke kutub pula dipanggil longitud atau meridian. Anda boleh mencari mana-mana bandar di bumi jika anda tahu koordinat longitud dan latitudnya. Jarak pada glob Bumi boleh diukur dengan membahagikan sfera tersebut kepada 360 bahagian dipanggil darjah (0)

Bible dan Enam Hari

Riwayat Bible menyebutkan secara tegas, penciptaan alam memakan masa selama enam haridan diakhiri dengan istirehat iaitu hari Sabtu. Justeru orang-orang yahudi menjadikan hari Sabtu sebagai hari cuti seperti mana yang tuhan lakukan selepas enam hari bekerja.

Di dalam Al-Kitab terbitan The Bible Society of Malaysia, disebutkan, "1 Pada mulanya ketika Allah mula menciptakan alam semesta, 2 bumi belum berbentuk dan masih kacau-bilau. Samudera yang bergelora, yang menutupi segala sesuatu, diliputi oleh kegelapan yang pekat, tetapi kuasa Allah bergerak di atas permukaan air. 3 Allah menjelaskan, "Hendaklah ada cahaya," lalu cahaya pun ada. 3 Allah berpuas hati melihat hal itu. Kemudian dia mengasingkan cahaya dari kegelapan. 5 Dia menamakan cahaya itu 'Siang' dan kegelapan itu 'Malam'. Selepas malam dan pagi berlalu, itulah hari yang pertama." (Kejadian 2:1-5)

Justeru, hari-hari ini adalah sama dengan hari-hari di dunia kerana pada hari pertama proses kejadian alam berlaku ia sudah mempunyai malam dan siang. Hal ini sememnangnya tidak saintifik pada peringkat awal kejadian alam kerana matahari belum wujud. Justeru malam dan siang tidak boleh wujud pada masa itu.

Seterusnya, Bible mengatakan pada hari kedua Tuhan mencipta langit, pada hari ketiga laut, darat dan tumbuh-tumbuhan dicipta, pada hari keempat Tuhan menjadikan matahari, bulan dan bintang-bintang, pada hari kelima binatang-bintang laut dan burung-burung dicipta, manusia dan binatang darat dicipta pada hari keenam dan pada hari ketujuh Tuhan berehat. Kesemua ini disebutkan di dalam Al-Kitab terbitan Bible Society of Malaysia. Kenyataaan-kenyataan ini juga boleh dipertikaikan. Sebagai contoh adalah tidak saintifik tumbuh-tumbuhan dicipta terlebih dahulu daripada matahari. Tambahan daripada itu, penemuan semasa menunjukkan matahari dan bintang-bintang dicipta terlebih dahulu daripada bumi sedangkan Bible berkata sebaliknya. Dalam aspek ini, Quran adalah jauh lebih saintifik daripada Bible.