Ayat-ayat al-Quran semasa berbicara mengenai isu ini memberikan maklumat yang secara zahirnya nampak seolah-olahnya bercanggah. Sebagai contoh, dalam surah an-Naziat, ayat 27 hingga 30 Allah mengatakan langit dicipta terlebih dahulu daripada bumi. Allah menjelaskan, "Kamukah yang sulit penciptaannyaataukah langit? Allah sudah membangunnya. Dia meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya dan dia menjadikan malamnya gelap gelita serta menjadikan siangnya terang benderang. Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (bagi kemudahan penduduknya)."
Tetapi dalam surah al-Baqarah, ayat 29 Allah mengatakan Bumi dicipta dahulu daripada langit. Allah berfirman "Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian dia berkehendak menuju ke arah langit lalu dijadikannya tujuh langit dan dia maha mengetahui segala sesuatu."
Ayat-ayat yang nampak bercanggah ini menggembirakan mereka yang ada penyakit di hati terutamanya dikalangan musuh-musuh Islam. Namun bagi ulama Islam mereka tidak melihat ini sebagai suatu percanggahan. Sebaliknya, bagi mereka, ayat-ayat ini menceritakan berkenaan dimensi langit yang berbeza dan melibatkan proses kejadian di peringkat yang berbeza.
Di dalam al-Asas fi al-Tafsir, as-Syeikh Said Hawa mengutarakan satu pandangan yang menarik berhubung isu ini. Semasa memberi komen mengenai surah al-Baqarah, ayat 22 hingga 29 beliau berkata, "Dalam ayat ini perkataan lagit (iaitu samaa' dalam bahasa arab) disebutkan sebanyak empat kali, 'iaitu (menjadikan) langit sebagai bangunan', 'Dia menurunkan hujab daripada langit', 'Dia menuju ke langit' dan 'Dia menjadikan tujuh langit'. Pada pandangan saya, langit dalam ayat pertama berkaitan dengan penciptaan langit secara umumnya. Langit dalam ayat kedua berkaitan bahagian atmosfera yang terdekat dengan bumi terdapat awan-awan padanya. Langit dalam ayat ketiga mempunyai maksud yang sama dengan ayat pertama. Walaupun ayat keempat yang berkaitan dengan kejadian tujuh lapis langit, ia merupakan langit yang khusus. Apabila kita kaitkan semua ini dengan ilmu moden, kita diberitahu bahawa galaksi-galaksi, (dan sistem solar hanya sebahagian daripadanya) berumur lebih kurang 10 bilion tahun dan bumi serta matahari berumur lebih kuran 4.5 bilion tahun. Ia bermaksud langit dicipta terlebih dahulu daripada bumi. Justeru sebahagian daripada kita berasa terkejut apabila diberitahu bahawa al-Quran mengatakan bumi diciptakan terlebih dahulu daripada langit. Sebenarnya Quran mengatakan bumi dicipta terlebih dahulu sekiranya dibandingkan dengan penciptaan bumi dengan penciptaan langit secara amnya, sudah pasti penciptaan bumi berlaku selepas penciptaan langit."
Kenyataan Said Hawa menunjukkan ayat-ayat Quran berhubung dahulu atau pun kemudiannya kejadian langit dan bumi sebenarnya tidak bercanggah antara satu sama lain. Hal ini disebabkan kejadian langit menpunyai fasa-fasanya. Ada fasa yang berlaku sebelum kejadian bumi dan ada yang berlaku selepas itu.
Dalam konteks ini, pandangan Imam Alusi sememangnya relevan kerana beliau berkata, "(Apa yang boleh difahami adalah), langit sebenarnya dicipta sebelum bumi. Bumi dicipta selepas penciptaan langit. Selepas itu baru berlaku penciptaan tujuh lapisan langit. Kemudian selepas itu baru lahir logam-logam serta tumbuh-tumbuhan diikuti dengan alam haiwan dan disusuli dengan manusia..." Pandangan Imam Alusi ini dinukilkan oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir.
Justeru, berdasarkan Quran, langit dicipta terlebih dahulu berbanding bumi. Hal ini adalah berdasarkan kenyataan Allah dalam surah an-Naziat ayat 30 yang bermaksud, "Dan Bumi sesudah (langit dibangunkan) dihamparkannya (bagi kemudahan penduduknya)." Penciptaan langit berlaku lebih daripada 10 bilion tahun dahulu selepas ledakan Big Bang. Selepas ledakan itu lahir bintang-bintang, planet-planet, dan galaksi di langit atau kosmos. Proses ini disusuli dengan proses kejadian bumi lebih kurang 4.5 bilion tahun dahulu. Suhu bumi pada masa itu berada di tahap tinggi justeru tidak sesuai dihuni oleh sebarang hidupan. Selepas proses penyejukan berlaku dan dengan itu gas-gas dihasilkan terutamanya karbon dioksida, nitrogen dan air. Gas-gas ini menjadi asas kepada kejadian atmosfera yang melitupi bumi. Proses kejadian atmosfera ini bermula lebih kurang sejuta tahun selepas kejadian bumi. Atmosfera mempunyai tujuh lapis. Hal ini dilaporkan di physicalgeography.net oleh Dr. Michael Pidwirny daripada Unversity British Columbia Okanagan di bawah tajuk The Universe, Earth, Natural Spheres, and Gaia. Justeru, ayat-ayat al-Quran yang menyatakan langit dicipta selepas penciptaan bumi dapat dikaitkan dengan proses penciptaan atmosfera ini.
Tambahan daripada itu, aktiviti penciptaan di langit tidak ada noktahnya. Sebagai cintoh, proses kejadian bontang-bontang baru terus sahaja berlaku walaupun kejadian bumi sudah sampai ke tahap kesempurnaannya. Sebagai contoh, pada tanggal 7 Januari 2000, Science Daily melaporkan NASA, melalui Hubble Space Telescope, berjaya mengesan kejadian bintang-bintang baru yang dikenali sebagai NGC 4214 di galaksi yang berdekatan. Justeru kenyataan langit dicipta selepas penciptaan Bumi sememangnya berasas apabila dikaitkan dengan proses-proses ini.
Sejarah Greenwich
6 bulan yang lalu
2 ulasan:
Tambahan daripada itu, aktiviti penciptaan di langit tidak ada noktahnya. Sebagai cintoh, proses kejadian bontang-bontang baru terus sahaja berlaku walaupun kejadian bumi sudah sampai ke tahap kesempurnaannya. Sebagai contoh, pada tanggal 7 Januari 2000, Science Daily melaporkan NASA, melalui Hubble Space Telescope, berjaya mengesan kejadian bintang-bintang baru yang dikenali sebagai NGC 4214 di galaksi yang berdekatan. Justeru kenyataan langit dicipta selepas penciptaan Bumi sememangnya berasas apabila dikaitkan dengan proses-proses ini.
Saya tidak bersetuju pada perenggan terakhir dimana ulasan bahawa langit dicipta selepas penciptaan bumi dengan mengaitkan kepada kelahiran bintang bintang baru (contohnya NGC 4214). Memang bintang-bintang sentiasa lahir dan mati, tetapi apa kaitannya dengan penciptaan langit? adakah dengan lahirnya bintang, maka bermakna lahirnya langit? ini adalah persamaan yang salah. Jika kelahiran berbilion bintang, membawa makna lahirnya (terciptanya) berbilion langit; maka ini sudah lebih dari tujuh. Pada pandangan saya dari segi ilmu fizika dan astronomi, langit sebenar tercipta dahulu sebelum bumi, dan langit dibumi (atmosphere) tercipta selepas terciptanya bumi. Tujuh lapis langit adalah lapisan langit sebenar, dimana seluruh dunia (bumi + bintang + galaksi + seluruh klaster galaksi-galaksi) keseluruhannya adalah meliputi langit pertama.
terima kasih eddy dengan pandangan anda.
tapi saya juga bermaksud seperti kamu.
bermaksud proses kelahiran bintang iaitu penciptaan langit terus terjadi biar pun bumi telah siap dicipta.
Pada pendapat kamu apakah ayat yang sesuai digunakan ?
Catat Ulasan