Riwayat Bible menyebutkan secara tegas, penciptaan alam memakan masa selama enam haridan diakhiri dengan istirehat iaitu hari Sabtu. Justeru orang-orang yahudi menjadikan hari Sabtu sebagai hari cuti seperti mana yang tuhan lakukan selepas enam hari bekerja.
Di dalam Al-Kitab terbitan The Bible Society of Malaysia, disebutkan, "1 Pada mulanya ketika Allah mula menciptakan alam semesta, 2 bumi belum berbentuk dan masih kacau-bilau. Samudera yang bergelora, yang menutupi segala sesuatu, diliputi oleh kegelapan yang pekat, tetapi kuasa Allah bergerak di atas permukaan air. 3 Allah menjelaskan, "Hendaklah ada cahaya," lalu cahaya pun ada. 3 Allah berpuas hati melihat hal itu. Kemudian dia mengasingkan cahaya dari kegelapan. 5 Dia menamakan cahaya itu 'Siang' dan kegelapan itu 'Malam'. Selepas malam dan pagi berlalu, itulah hari yang pertama." (Kejadian 2:1-5)
Justeru, hari-hari ini adalah sama dengan hari-hari di dunia kerana pada hari pertama proses kejadian alam berlaku ia sudah mempunyai malam dan siang. Hal ini sememnangnya tidak saintifik pada peringkat awal kejadian alam kerana matahari belum wujud. Justeru malam dan siang tidak boleh wujud pada masa itu.
Seterusnya, Bible mengatakan pada hari kedua Tuhan mencipta langit, pada hari ketiga laut, darat dan tumbuh-tumbuhan dicipta, pada hari keempat Tuhan menjadikan matahari, bulan dan bintang-bintang, pada hari kelima binatang-bintang laut dan burung-burung dicipta, manusia dan binatang darat dicipta pada hari keenam dan pada hari ketujuh Tuhan berehat. Kesemua ini disebutkan di dalam Al-Kitab terbitan Bible Society of Malaysia. Kenyataaan-kenyataan ini juga boleh dipertikaikan. Sebagai contoh adalah tidak saintifik tumbuh-tumbuhan dicipta terlebih dahulu daripada matahari. Tambahan daripada itu, penemuan semasa menunjukkan matahari dan bintang-bintang dicipta terlebih dahulu daripada bumi sedangkan Bible berkata sebaliknya. Dalam aspek ini, Quran adalah jauh lebih saintifik daripada Bible.
Sejarah Greenwich
7 bulan yang lalu
2 ulasan:
Sya amat bersetuju dengan perenggan yang terakhir.Al-Quran adalah sumber yang amat saintifik,tepat dan tiada tolok bandingnya.Berbalik kepada isu pohon,amat mustahil pohon dijadikan sebelum matahari sedangkan matahari merupakan keperluan asas bagi pokok.Saya berpendapat matahari dijadikan sebelum pokok
Kitab Bible ini telah diubah zaman berzaman untuk memenuhi kehendak nafsu mereka tanpa mengira sudut sains dan logik akal..
Catat Ulasan