TEROKAI KEAJAIBAN DUNIA ASTRONOMI
AYER KEROH : Melangkah masuk ke Planetarium Melaka, suatu kelainan pastinya dapat dirasai. Sungguh menakjubkan, santai dan berinformasi sekali.
Penjelajahan ke ruang pameran seolah-olah membawa kita menerokai ke suatu suasana yang sungguh menakjubkan.
Loyang Octagonal
Jam Matahari Kuadran Khatulistiwa
Dekorasi bahan-bahan pameran, foto-foto yang menghiasi dinding dan susun atur beberapa objek unik, jelas menjadikan Planetarium Melaka: ' Science Adventure Centre' suatu lokasi yang mesti dilawati bagi menimba pengalaman yang serba-serbinya baru tentng dunia astronomi dan sains angkasa lepas.
Poster berkaitan astronomi di ruang pameran
Terletak di lokasi strategik di pusat komersial di Lingkaran MITC, Planetarium Melaka bernilai RM20 juta merupakan planetarium tercanggih di Asia Tenggara.
Ia juga merupakan cetusan idea Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam usahanya menambahkan produk pelancongan baru berasaskan pendidikan.
Planetarium Melaka akan dibuka kepada orang ramai bermula hari ini (9 Ogos) turut dilengkapi pelbagai kemudahan canggih yang menggabungkan evolusi keunikan dunia astronomi dulu, sekarang dan masa depan.
Replika satelit turut dipamerkan
Menempatkan 50 bahan pameran serta perkakasan canggih mengenai astronomi dan angkasa lepas bernilai hampir RM2.4 juta, Planetarium Melaka turut menyajikan suatu pengalaman penuh berinformasi sebaik sahaja kita melangkah masuk ke dalam 'Space Theatre' yang boleh memuatkan 200 penonton pada satu-satu masa. 'Space Theatre' dilengkapi enam projektor berteknologi tinggi untuk memancarkan bahan-bahan tayangan berkaitan sains angkasa ke permukaan layar berukuran 15 meter.
Gabungan elemen audiovisual menggunakan peralatan canggih bernilai RM5 juta pasti sekali menjanjikan suatu pengalaman yang cukup menyeronokkan.
Di 'Space Theatre', pengunjung berpeluang menjelajah dunia baru menerusi visual yang dipancarkan ke permukaan dome sambil duduk di kerusi khas bersudut 120 darjah.
Kerusi khas di Space Theatre
Sejarah Greenwich
6 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan