Pada post sebelum ini dinyatakan bahawa Planetarium ini akan dirasmikan pada 1 Ogos tetapi atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan akhirnya majlis perasmian Planetarium berharga 24 juta ini diadakan pada hari ini.
11:00am
- Orang ramai sudah mula membanjiri perkarangan Planetarium Melaka. Kira-kira 200-300 pengunjung dianggarkan berada di perkarangan Planetarium Melaka
- Persiapan terakhir masih dilakukan oleh penganjur.
Pemandangan dari Lobi Planetarium
Pengunjung mula berkumpul di perkarangan Planetarium
Dr Kassim bersama salah seorang pengunjung
11.13am
- Ketibaan Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam bersama tetamu kehormat yang lain.
- Bacaan Doa oleh Mufti Melaka, Dato Wira Rashid Redza.
- Ucapan oleh Pengerusi Planetarium Melaka, Dato Yaakub Md Amin
- Ucapan oleh Dato' Seri Mohd Ali Rustam.
Ketua Menteri bersalaman dengan pengunjung
12:00pm
- Perasmian oleh Dato' Seri Mohd Ali Rustam.
- Pengunjung mula memasuki Planetarium Melaka.
- Kehadiran pengunjung disambut oleh maskot berpakaian angkasawan.
- Pengunjung melihat Galeri Pameran.
- Antara bahan pameran yang terdapat di sini ialah Jam Matahari Kuadran Khatulistiwa, Jam Matahari Escorial Diptych, Teleskop Loyang Halus Tradisional Abad ke-18, Model Cakerawala, Gerbang Galaksi, Replika Teleskop Angkasa Hubble, Satelit Angkasa, Simulator Kapal Angkasa Soyuz, Simulator Kapal Angkasa Challenger, Pameran Kajian Angkasa, pelbagai bahan pembelajaran lain.
Majlis perasmian disempurnakan oleh KM Melaka
Kemeriahan Majlis Perasmian
Pengunjung disambut oleh seorang 'angkasawan' dan matahari 3D
Dato' melawat galeri pameran
Galeri Cosmonaut
12:30pm
- Persembahan movie dimulakan di Space Theatre bertajuk UNIVERSE.
- Terdapat movie lain yang akan ditayangkan pada masa hadapan seperti Stars of Pharaoh dan The Secret of Sun.
Di dalam Space Theater
Pengunjung mula mengambil tempat duduk
Bilik kawalan Space Theater
1:30pm
- Jamuan Tengahari
- Berangkat pulang.
Jam Matahari Kuadran Khatulistiwa
Jam Matahari Escorial Diptych
Gerbang Galaksi
Loyang Octagonal
Replika Satelit
Lagi Replika Satelit yang terdapat disini.
Ruang Kapal Angkasa
Simulator Kapal Angkasa Challenger
Walaupun dilanda H1N1 pengunjung tetap mencuba simulator Soyuz
p/s: Harga tiket:- Dewasa:RM15 Kanak-kanak:RM10
Potongan harga akan diberikan pada musim-musim tertentu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan