Walaupun sudah tiga bulan Opposition berlalu,
Musytari masih menjadi pilihan untuk dicerap.
Kedudukan Jupiter bersama Bulan, Neptune, Uranus dan Pluto
Sebaik sahaja November menjelma,
Marikh akan berada dalam Cancer, terbit sebeelum tengah malam dan berada pada meridian menjelang siang hari. Planet beermagnitud 0.4 ini berada pada kawasan langit sekitar Gemini dan Leo. Pada pagi 1 November (malam 31 Oktober) lihatlah dunia kunig keperangan ini meluncur dalam Kluster Beehive. Luas planet ini secara kasarnya ialah 8" pada masa ini, tetapi teleskop berkuasa tinggi akan membuktikan kegembiraan semasa planet ini meluncur merentasi kluster ini. Kurang dari 1 jam sudah cukup untuk untuk mengesan pergerakan marikh. Pada 2 haribulan, Planet Merah ini akan berada di timur Kluster dan merentasi sempadan memasuki Leo pada hari terakhir November.
Kedudukan marikh dalam buruj Cancer
Dalam bulan November,
Zuhal perlahan-lahan mendaki tinggi di langit pagi.
Zuhrah masih menjadi objek pagi, tetapi ia tenggelam lebih reendah pada senja setiap hari. Apabila November membuka tirainya, planet bermagnitud -3.8 ini berada dalam Virgo berhampiran Spica yang bermagnitud 1.0. Pemandangan ini sangat cantik dengan jarak antara 4 darjah atau kurang dari 1 hingga 4 November.
Zuhal dan Zuhrah yang terbit pada awal pagi
Utarid melepasi Superior Conjunction pada 5 haribulan dan sangat dekat dengan matahari untuk tontonan bulan ini. Planet terkecil dalam sistem suria ini akan menjadi bintang senja pada Disember.
Utarid berada sangat dekat dengan matahari ketika matahari terbit
Dan bagi pemburu asteroid, sila ambil perhatian: Semasa awal subuh 24 haribulan,
Vesta yang bermagnitud 7.8 dapat dikesan dengan mudah 1/3 darjah utara bintang 37 Leonis bermagnitud 5.7 dan 2 2/3 darjah timur laut Regulus yang bermagnitud 1.4