Jumaat, 20 November 2009

Black Holes Tanah Perkuburan Bintang-bintang?

Penciptaan bintang-bintang adalah satu penciptaan yang agung dan Allah bersumpah dengan bintang-bintang paling kurang dua kali dalam Quran. Dalam surah al-Waqiah ayat 75 hingga 76 Allah berkata, "Dan aku bersumpah dengan mawaaqi'in nujuum. Sesungguhnya sumpah ini adalah sumpah yang besar sekiranya kamu mengetahui.

ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ

ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ

Mawaaqi'in nujuum mengandungi dua perkataan iaitu mawaaqi' dan an nujuum. Mawaaqi' berasal daripada perkataan waqa'-a yang diterjemahkan oleh Hans Wehr: A dictionary of Modern Written Arabic sebagai to fall down, drop, to tumble yang bermaksud jatuh, tersungkur, merudum. Dengan itu perkataan mawaqi' diterjemahkan sebagai 'place where something drops or falls down' yang bermaksud tempat di mana sesuatu jatuh merudumnya bintang-bintang.

Sahabat Abdullah bin Abbas mentafsirkan mawaaqi'in nujuum secara abstrak dengan mengatakan ia adalah 'Quran yang diturunkan kepada langit dunia pada malam al-Qadar'. Bagi beliau bintang yang dimaksudkan Allah ini adalah Quran.

Walau bagaimanapun ramai ulama yang lain mentafsirkan perkataan nujuum dalam ayat ini sebagai bintang-bintang yang memenuhi langit. Pendapat ini diperkuatkan lagi oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir dan Sayed Qutb dalam Fi Zilal al-Quran. Dengan itu mawaaqi'in nujum bermaksud tempat jatuh merudumnya bintang-bintang.



Adakah mawaaqi'in nujum ini berkaitan dengan black holes atau lubang hitam? Black holes terhasil apabila bintang-bintang yang besar meledak dan meletup di angkasa raya. Memandangkan sesetengah bintang adalah 10 hingga 15 kali ganda lebih besar daripada Matahari maka letupan ini sememangnya satu letupan yang dahsyat. Ia adalah tarikh maut bagi bintang-bintang ini. Ledakan yang dahsyat ini dikenali sebagai supernova. Saki baki peninggalan (remnants) daripada bintang yang meledak ini akan jatuh ke satu garis pusat sehingga melahirkan satu kawasan yang mempunyai daya tarikan graviti yang tinggi. Apa sahaja yang memasuki kawasan ini termasuk cahaya tidak akan dapat keluar daripadanya. Saintis menamakannya sebagai black hole. Justeru black hole boleh diibaratkan sebagai tanah perkuburan bintang-bintang. Bintang-bintang jatuh merudum dan hancur di dalamnya. Hal ini dilaporkan oleh NASA di imagine.gsfc.nasa.gov


Kitaran hidup supernova

Pada hari ini black hole adalah satu objek yang menakjubkan sehinggakan sesetengah saintis menganggapnya sebagai objek raksasa (monster) yang dahsyat di alam ini. Dengan beratnya yang menghampiri 10 bilion matahari ia dianggap antara objek yang paling berat di kosmos ini. Tambahan daripada itu, dengan kejauhan yang menghampiri 12.5 bilion tahun cahaya (light years), ia adalah antara objek yang paling jauh daripada Bumi.


Tiada ulasan: