Memaparkan catatan dengan label black holes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label black holes. Papar semua catatan

Jumaat, 20 November 2009

Black Holes Tanah Perkuburan Bintang-bintang?

Penciptaan bintang-bintang adalah satu penciptaan yang agung dan Allah bersumpah dengan bintang-bintang paling kurang dua kali dalam Quran. Dalam surah al-Waqiah ayat 75 hingga 76 Allah berkata, "Dan aku bersumpah dengan mawaaqi'in nujuum. Sesungguhnya sumpah ini adalah sumpah yang besar sekiranya kamu mengetahui.

ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ

ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ

Mawaaqi'in nujuum mengandungi dua perkataan iaitu mawaaqi' dan an nujuum. Mawaaqi' berasal daripada perkataan waqa'-a yang diterjemahkan oleh Hans Wehr: A dictionary of Modern Written Arabic sebagai to fall down, drop, to tumble yang bermaksud jatuh, tersungkur, merudum. Dengan itu perkataan mawaqi' diterjemahkan sebagai 'place where something drops or falls down' yang bermaksud tempat di mana sesuatu jatuh merudumnya bintang-bintang.

Sahabat Abdullah bin Abbas mentafsirkan mawaaqi'in nujuum secara abstrak dengan mengatakan ia adalah 'Quran yang diturunkan kepada langit dunia pada malam al-Qadar'. Bagi beliau bintang yang dimaksudkan Allah ini adalah Quran.

Walau bagaimanapun ramai ulama yang lain mentafsirkan perkataan nujuum dalam ayat ini sebagai bintang-bintang yang memenuhi langit. Pendapat ini diperkuatkan lagi oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir dan Sayed Qutb dalam Fi Zilal al-Quran. Dengan itu mawaaqi'in nujum bermaksud tempat jatuh merudumnya bintang-bintang.



Adakah mawaaqi'in nujum ini berkaitan dengan black holes atau lubang hitam? Black holes terhasil apabila bintang-bintang yang besar meledak dan meletup di angkasa raya. Memandangkan sesetengah bintang adalah 10 hingga 15 kali ganda lebih besar daripada Matahari maka letupan ini sememangnya satu letupan yang dahsyat. Ia adalah tarikh maut bagi bintang-bintang ini. Ledakan yang dahsyat ini dikenali sebagai supernova. Saki baki peninggalan (remnants) daripada bintang yang meledak ini akan jatuh ke satu garis pusat sehingga melahirkan satu kawasan yang mempunyai daya tarikan graviti yang tinggi. Apa sahaja yang memasuki kawasan ini termasuk cahaya tidak akan dapat keluar daripadanya. Saintis menamakannya sebagai black hole. Justeru black hole boleh diibaratkan sebagai tanah perkuburan bintang-bintang. Bintang-bintang jatuh merudum dan hancur di dalamnya. Hal ini dilaporkan oleh NASA di imagine.gsfc.nasa.gov


Kitaran hidup supernova

Pada hari ini black hole adalah satu objek yang menakjubkan sehinggakan sesetengah saintis menganggapnya sebagai objek raksasa (monster) yang dahsyat di alam ini. Dengan beratnya yang menghampiri 10 bilion matahari ia dianggap antara objek yang paling berat di kosmos ini. Tambahan daripada itu, dengan kejauhan yang menghampiri 12.5 bilion tahun cahaya (light years), ia adalah antara objek yang paling jauh daripada Bumi.


Isnin, 5 Oktober 2009

Black Holes dan Kejadian Bintang-bintang

Seperti yang disebutkan sebelum ini, bintang-bintang tercipta daripada gumpalan asap tebal seperti yang Allah sebutkan dalam surah Fussilat ayat 11 yang bermaksud, "Kemudian dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu dia berkata kepadanya dan Bumi, 'Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa'. Keduanya menjawab 'Kami datang dengan tunduk'."

ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ

ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ

Sains membuktikan gumpalan asap ini mengandungi gas-gas hidrogen dan helium. Selepas berlalu masa jutaan tahun (selepas Big Bang), gas-gas ini menjadi semakin padat sehingga akhirnya melahirkan bintang-bintang dan galaksi. Hal ini disebutkan dalam The Vindication of the Big Bang: Breakthroughs and Barriers (Parker, BarryR., Plenum Press, New York 1993).


Di awal proses kelahiran bintang

Bintang-bintang adalah objek besar di kosmos dan jumlahnya begitu besar sekali. Di galaksi Bimasakti sahaja jumlahnya adalah antara 200 hingga 400 bilion. CNN.com bertarikh 23 Julai 2003 melaporkan jumlah bintang di langit melebihi 70 sextilion (iaitu 7 diikuti 22 kosong). Jumlah ini adalah berdasarkan kiraan yang dibuat para pengkaji daripada Australian National University. Jumlah ini bermaksud sekiranya dihitung pasir-pasir di semua pantai dan gurun di dunia jumlah bintang di langit adalah 10 kali ganda daripada jumlah itu.



Di dalam al-Quran terdapat lebih kurang 13 tempat yang menceritakan mengenai bintang-bintang. Perkataan yang digunakan oleh Quran adalah najmu (satu bintang) dan nujuum (banyak bintang). Sebagai contoh, dalam surah al-A'araf ayat 54, Allah menyatakan, "Dan (Allah mencipta) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk pada perintahnya." Antara faedah yang manusia peroleh daripada bintang-bintang adalah ia menjadi penunjuk jalan terutamanya bagi para pengembara.

ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ

ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ

ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ

ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ

Berhubung dengan ini dalam surah an-Nahl ayat 16, Allah berfirman,"Dan dia ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk."

ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ