Sabtu, 30 Januari 2010

Balaicerap Dinamik Suria

Video hebat ini baru sahaja diupload dan memang menghasilkan hasil kerja yang mengagumkan yang menerangkan misi Solar Dynamics Observatory (SDO), yang akan dilancarkan pada 9 Feb 2010. SDO akan menyediakan mata baru untuk memerhatikan matahari yang akan menghantar imej suria dengan 10 kali ganda resolusi lebih baik daripada high-definition TV. Misi ini akan menumpukan kepada punca aktiviti suria seperti tompok matahari, solar flares, dan coronal mass ejections. Ia akan memberikan kita rupa yang terbaik terhadap matahari kita.

Rabu, 27 Januari 2010

Satelit menangkap gambar Gerhana Matari daripada Angkasa


Gerhana matahari yang dilihat menggunakan peralatan SWAP

Satelit Proba-2 yang baru dilancarkan baru-baru ini telah melakukan cerapan gerhana matahari annulus pada 15 Januari 2010 dengan hasil yang menakjubkan. The PRoject for OnBoard Autonomy satellite telah dilancarkan pada 2 November 2009 dan bertujuan untuk menguji perkakasan dan perisian yang mungkin boleh digunakan untuk misi ESA pada masa hadapan. Gerhana tersebut menawarkan peluang unik untuk menguji peralatan pengimejan Matahari, SWAP (Sun Watcher using APS detectors and imaging processing). Peralatan radiometer lain juga telah digunakan semasa gerhana tersebut.

Proba-2 merupakan satelit terkecil yang telah dilancarkan. Satelit berukuran 0.6m kali 0.6m kali 0.8m mengandungi beberapa perlatan; komputer, bateri, penujah dan sistem panel suria.


Gerhana tersebut juga dikesan menggunakan perlatan LYRA

Gerhana tersebut juga telah dikesan oleh peralatanProba-2's LYRA (Lyman Alpha Radiometer), ultraviolet radiometer pertama diangkasa yang menggunakan pengesan permata. LYRA akan mengukur solar flare dengan unprecedented rapid time resolution of 0.5 sec. Data daripada LYRA kemudian akan dihantar untuk penyelidikan dan kajian serta ramalan cuaca.

Proba-2 merupakan payload kedua termasu pada pelancaran misi SMOS (Soil Moisture and Ocean Salinity Earth Explorer).

Selasa, 26 Januari 2010

Salah satu bulan Musytari mencair


Keratan rentas Ganymede dan Callisto menunjukkan pertambahan kecairan disebabkan hentaman komet/asteroid

Dua bulan Musytari iaitu Ganymede and Callisto boleh dikira sebgai kembar. Mereka mempunyai komposisi dan saiz yang sama tetapi mereka berbeza daripada sudut rupa. Data daripada kapal angkasa Galileo dan Voyager juga mendedahkan bahagian dalam mereka sangat tidak sama. Punca kepada perbezaan ini telah menyelubungi saintis selama 30 tahun tetapi kajian baru-baru ini mengemukakan penjelasan. Semasa Late Heavy Bombardment, Callisto terlepas kerana secara relatifnya Callisto lebih tua daripada Ganymede; jadi bulan yang lebih muda mencair. "Impak semasa tempoh ini telah mencairkan Ganymede secara mendalam dimana haba tersebut tidak boleh dikeluarkan dengan cepat." kata Dr. Amy Barr dari Southwest Research Institute. "Semua batu Ganymede tenggelam ke pusatnya sama seperti cara chocolate chips tenggelam ke bawah aiskrim yang mencair. Callisto menerima impak yang kurang pada kelajuan yang rendah dan sekali gus dapat mengelak daripada mencair."

Barr dan Dr. Robin Canup mencipta model menunjukkan bagaimana gravity Musytari yang kuat telah memfokuskan impak cometary ke atas Ganymede dan Callisto pada 3.8 billion tahun lalu, semasa zaman LHB. Setiap impak ke atas Ganymede atau Callisto telah mencampurkan ais dan batu membentuk kolam air, membenarkan batu di dalam kolam cair tersebut tenggelam ke dalam pusat bulan tersebut.

Oleh kerana Ganymede lebih hampir kepada Musytari, oleh itu ia telah dihentam dua kali ganda daripada Callisto. Tambahan lagi, penghentam yang menghentam Ganymede mempunyai halaju yang tinggi secara puratanya.


Struktur ketumpatan dalaman yang disebabkan oleh Late Heavy Bombardment ke atas Ganymede (atas) dan Callisto (bawah).

Isnin, 25 Januari 2010

Lorton Meteorit, keempat yang jatuh di Virginia

Sebuah meteorit sebesar buah manga menghentam

Jumaat, 22 Januari 2010

Lawatan Jab. Mufti Melaka ke 2 Jab Mufti dan 2 Balai cerap

Sejurus selepas tugasan, beberapa orang kakitangan jabatan mufti melaka (JMM) bersama kakitangan kompleks falak al Khawarizmi bertolak dari Melaka ke Kelantan atas urusan lawatan kerja ke Jabatan Mufti Kelantan dan Jab. Mufti Terengganu. Mufti Melaka, Dato' Rashid Redza juga turut serta di dalam rombongan tersebut yang menggunakan tiga buah kereta dan satu van.

Kelantan
Lawatan dimulakan dengan melawat Balaicerap Dr Rowi yang terletak di Taman Tarbiah, Guchil pada hari Sabtu tengah hari. Kemudian pada sebelah petang, Mufti bersama Dr. Kassim melakukan cerapan di Pantai Mek Mas bersama Dr Rowi.
Kunjungan ke rumah Dr. Rowi

Pada keesokan hari dimulakan dengan melawat Jab. Mufti Kelantan seawal jam 9 pagi. Lawatan tamat pada pukul 11 pagi.

Terengganu.
Rombongan ini perlu berkejar ke Terengganu untuk melawat Balai Cerap UDM atau lebih dikenali sebagai Balai cerap Kusza yang dijadualkan sepatutnya pada pukul 1 tengah hari. Rombongan ini tiba lewat sedikit dan disambut oleh Cikgu Baharuddin atau sekarang ini Dr. Baharuddin yang baru sahaja menyambung kembali perkhidmatannya di sini setelah menamatkan pengajiannya baru-baru ini.
Dr. Baharudin menyampaikan cenderahati ke Dato' Mufti

Setelah itu, rombongan diteruskan dengan lawatan ke Kompleks Seri Iman di Kuala Terengganu yang menempatkan Jabatan Mufti Terengganu dan beberapa jabatan yang lain. Lawatan ini disambut oleh Mufti Terengganu sendiri bersama kakitangannya. Lawatan ini tamat pada pukul lima dan menuju pulang ke Melaka kembali.
Mufti Melaka bersama Mufti Terengganu (kanan)

Khamis, 21 Januari 2010

Gerhana Matahari Separa

Gerhana yang bermula selepas sembahyang jumaat mula dikunjungi orang ramai pada pukul 2.30 petang. Fasa pertama bermula kira-kira pukul 3.05 p.m. dapat disaksikan dengan cuaca yang cukup baik. Orang ramai mula membanjiri kawasan cerapan dan turut dihadiri pelajar MRSM Alor Gajah, JUPEM, dan Melaka FM. Walaubagaimanapun kusangka panas samapi ke petang tapi mendung menjelang di pertengahan gerhana tersebut.

Solat gerhana berlangsung pada pukul 3.30 petang sehingga 4.25 petang. Waktu maksima juga tidak dapat disaksikan kerana cuaca mendung. Cerapan berakhir selepas asar dan staf jabatan mufti terus bertolak ke pantai timur kerana lawatan kerja.



Pelajar MRSM yang menunggu untuk menggunakan teleskop.



Pengunjung yang menangkap gambar menggunakan kamera handphone



Pengunjung yang hadir bersama keluarga


Khemah tempat pengunjung melepaskan lelah



Dr. Kassim memberikan taklimat


Awan mendominasi langit



Rin (kanan) DJ Melaka FM dan kawannya



Khutbah gerhana


Team Melaka FM



MRSM Alor Gajah

Langit mendung sehingga ke akhir gerhana

Isnin, 4 Januari 2010

Persidangan Terbesar Dalam Sejarah Astronomi

IYA goodbye and be willing to face the "Greatest in the History of the Association of Astronomy". Global event for the beginning of the year 2010 will be mesyuarat times dimulakan with the 215th American Astronomical Union (AAS) on 3-7 January 2010 held in Washington DC With the presence of participants seramai 2.500, AAS has been placed as "the largest association in the history of astronomy". AAS 215 will generate some interesting astronomical announcements, broadcast media and some lighting. So willing to face the frenzied coverage. If you are interested about exoplanets, news of the Exoplanet will multiply in the week. Do not go anywhere.


Plus, still did not miss for you to follow their broadcast at the beginning of this trial. You must follow through here Astronomy Cast and Public Events .


Dapatkan Dewan Kosmik dan Al Islam

Mari dapatkan majalah Al Islam terbitan Utusan Karya dan Dewan Kosmik terbitan DBP untuk mengetahui perkembangan astronomi terbaru.

Dalam majalah Al Islam menceritakan tentang Matahari akan terbit dari Barat seperti yang tertera di kulit majalah tersebut. Hal ini merupakan satu isu yang sering ditimbulkan dan disebarkan di emel-emel. Untuk mengetahui permasalahan dan penjelasan sebenar sila dapatkan nakshah tersebut di kedai buku berhampiran.

Untuk majalah Dewan Kosmik pula ruangan astronomi kali ini ditulis oleh Dr. Kassim Bahali daripada Jabatan Mufti Melaka mengenai fenomena astronomi pada awal tahun ini. Juga terdapat ruangan astrofotografi yang memaparkan gambar daripada Balaicerap di Pantai Acheh.

Kepada peminat astronomi @ falak apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang ini... Dapatkannya sementara stok masih ada... Jangan menyesal kalau dah habis..

Sabtu, 2 Januari 2010

Gerhana Bulan Separa

Pada awal 1 Januari pada pukul 1:17 pagi dan kelihatan lebih jelas pada pukul 2:55 pagi bila bulan sedang berada dalam umbra Bumi.

Saya bersama keluarga telah melakukan cerapan di Balai Cerap Al Khawarizmi, Melaka. Pada awal 30 minit pertama, bulan, boleh dilihat dan permukaan yang gelap akibat bayang-bayang Bumi juga dapat dilihat. Walaubagaimanapun, keadaan cuaca kurang mengizinkan kerana langit di dominasi oleh awan. Dan sehinggalah akhir fenomena tersebut.
Solat Sunat Khusuf juga telah dilakukan di pelantar cerapan bersama-sama pencerap yang lain. Cerapan berakhir kira-kira jam 5 pagi.
Di bawah merupakan antara gambar yang sempat diambil:
2:55AM
2:56AM
3:04AM (awan sudah mula menutupi Bulan)
4:33AM
4:35AM