Selasa, 26 Januari 2010

Salah satu bulan Musytari mencair


Keratan rentas Ganymede dan Callisto menunjukkan pertambahan kecairan disebabkan hentaman komet/asteroid

Dua bulan Musytari iaitu Ganymede and Callisto boleh dikira sebgai kembar. Mereka mempunyai komposisi dan saiz yang sama tetapi mereka berbeza daripada sudut rupa. Data daripada kapal angkasa Galileo dan Voyager juga mendedahkan bahagian dalam mereka sangat tidak sama. Punca kepada perbezaan ini telah menyelubungi saintis selama 30 tahun tetapi kajian baru-baru ini mengemukakan penjelasan. Semasa Late Heavy Bombardment, Callisto terlepas kerana secara relatifnya Callisto lebih tua daripada Ganymede; jadi bulan yang lebih muda mencair. "Impak semasa tempoh ini telah mencairkan Ganymede secara mendalam dimana haba tersebut tidak boleh dikeluarkan dengan cepat." kata Dr. Amy Barr dari Southwest Research Institute. "Semua batu Ganymede tenggelam ke pusatnya sama seperti cara chocolate chips tenggelam ke bawah aiskrim yang mencair. Callisto menerima impak yang kurang pada kelajuan yang rendah dan sekali gus dapat mengelak daripada mencair."

Barr dan Dr. Robin Canup mencipta model menunjukkan bagaimana gravity Musytari yang kuat telah memfokuskan impak cometary ke atas Ganymede dan Callisto pada 3.8 billion tahun lalu, semasa zaman LHB. Setiap impak ke atas Ganymede atau Callisto telah mencampurkan ais dan batu membentuk kolam air, membenarkan batu di dalam kolam cair tersebut tenggelam ke dalam pusat bulan tersebut.

Oleh kerana Ganymede lebih hampir kepada Musytari, oleh itu ia telah dihentam dua kali ganda daripada Callisto. Tambahan lagi, penghentam yang menghentam Ganymede mempunyai halaju yang tinggi secara puratanya.


Struktur ketumpatan dalaman yang disebabkan oleh Late Heavy Bombardment ke atas Ganymede (atas) dan Callisto (bawah).

Tiada ulasan: