Sejurus selepas tugasan, beberapa orang kakitangan jabatan mufti melaka (JMM) bersama kakitangan kompleks falak al Khawarizmi bertolak dari Melaka ke Kelantan atas urusan lawatan kerja ke Jabatan Mufti Kelantan dan Jab. Mufti Terengganu. Mufti Melaka, Dato' Rashid Redza juga turut serta di dalam rombongan tersebut yang menggunakan tiga buah kereta dan satu van.
Kelantan
Lawatan dimulakan dengan melawat Balaicerap Dr Rowi yang terletak di Taman Tarbiah, Guchil pada hari Sabtu tengah hari. Kemudian pada sebelah petang, Mufti bersama Dr. Kassim melakukan cerapan di Pantai Mek Mas bersama Dr Rowi.

Kunjungan ke rumah Dr. Rowi
Pada keesokan hari dimulakan dengan melawat Jab. Mufti Kelantan seawal jam 9 pagi. Lawatan tamat pada pukul 11 pagi.
Terengganu.
Rombongan ini perlu berkejar ke Terengganu untuk melawat Balai Cerap UDM atau lebih dikenali sebagai Balai cerap Kusza yang dijadualkan sepatutnya pada pukul 1 tengah hari. Rombongan ini tiba lewat sedikit dan disambut oleh Cikgu Baharuddin atau sekarang ini Dr. Baharuddin yang baru sahaja menyambung kembali perkhidmatannya di sini setelah menamatkan pengajiannya baru-baru ini.

Dr. Baharudin menyampaikan cenderahati ke Dato' Mufti
Setelah itu, rombongan diteruskan dengan lawatan ke Kompleks Seri Iman di Kuala Terengganu yang menempatkan Jabatan Mufti Terengganu dan beberapa jabatan yang lain. Lawatan ini disambut oleh Mufti Terengganu sendiri bersama kakitangannya. Lawatan ini tamat pada pukul lima dan menuju pulang ke Melaka kembali.

Mufti Melaka bersama Mufti Terengganu (kanan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan