Selasa, 6 Oktober 2009

ILIM Cadang Wujud Pusat Pengajian Astronomi Islam

KOTA BAHARU, 6 Okt (Bernama) -- Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) bercadang menjadikan Unit Falak di institusi itu sebagai Pusat Pengajian Astronomi Islam tidak lama lagi.

Ketua Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras (PQIT) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Dr Abdul Ghafar Surip berkata kertas cadangan mengenai perkara itu sedang disiapkan dan akan dikemukakan kepada pihak berkenaan untuk kelulusan.

Beliau berkata tujuan mewujudkan pusat pengajian itu bagi membolehkan skop dan bidang tugasnya diperluaskan bagi memenuhi matlamat penubuhannya.



"Penubuhan pusat itu kini di peringkat cadangan dan sedang diperhalusi dari segenap aspek sebelum dapat dilaksanakan," katanya kepada Bernama pada Kursus Falak (Kiblat) di sini, Selasa.

Kurus anjuran ILIM selama seminggu mulai semalam itu disertai pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Jabatan Pemetaan dan Ukur serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

Abdul Ghafar berkata penubuhan pusat itu kelak sebagai asas untuk melahirkan tenaga mahir dalam bidang falak dan ilmu astronomi Islam di seluruh negara, termasuk dalam menentukan pandu arah kiblat dan permulaan puasa dan hari raya.

Menurutnya pada masa ini beberapa negeri sudah mewujudkan pusat seumpama itu, seperti di Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Pulau Pinang serta Selangor dan peranannya akan dseragamkan di seluruh negara.



"90 peratus dari modul pelaksanaan pusat itu sudahpun siap digubal di peringkat jabatan sebelum dibentangkan di peringkat atasan untuk kelulusan," katanya.



-- BERNAMA

Isnin, 5 Oktober 2009

Fasa fasa Bulan

Bulan mempunyai beberapa fasa daripada awal hinggalah ke akhirnya. Kita dapat memperhatikan fasa fasa bulan yang berlainan pada setiap malam. Fasa fasa bulan disebabkan peredaran Bulan mengelilingi Matahari dan cahaya Matahari yang jatuh ke permukaannya merupakan fasa yang kita dapat lihat. Kita cuma melihat sebahagian sahaja permukaan Bulan dari Bumi kerana ia berputar mengelilingi Bumi.


Fasa bulan dan nama mengikut Kesatuan Astronomi Antarabangsa

Mengikut masyarakat Melayu, Fasa fasa bulan terbahagi kepada:
  • anak bulan
  • bulan sabit
  • bulan purnama
Istilah anak bulan kurang sesuai digunakan kerana orang ramai sering beranggapan bahawa jika ia mempunyai anakpasti ia mempunyai ibu dan ayah. Jadi masyarakat Melayu menafsirkan yang bulan yang dilihat pada setiap malam bukanlah merupakan bulan yang sama pada malam malam yang lain. Jadi perkataan yang paling tepat adalah Hilal. Diharapkan persepsi ini dapat diperbetulkan.


Fasa bulan pada Jun 2007. Menurut masyarakat Melayu anak bulan berada pada kedudukan 15 haribulan, bulan sabit pada 13 dan 16 haribulan manakala bulan purnama pada 29 dan 30 haribulan.

100th Post

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi Blog Astronomi @ Falak telah berjaya mencapai postnya yang ke 100. Terima kasih kepada para pembaca sekalian yang banyak memberi idea, sumbangan, kritikan dan idea untuk memperbaiki mutu dan kualiti blog ini.

Walaupun belum mencecah setahun, blog yang didedikasikan sempena Tahun Astronomi Antarabangsa ini telah mempunyai 7 Follower dan 2462 hits selama lebih kurang 10 bulan. Satu angka yang boleh dibanggakan untuk beginner seperti saya.Beberapa artikel Blog ini juga telah disiarkan di portal negara jiran, Indonesia.


Artikel yang telah disiarkan di portal Lintas Berita

Diharapkan generasi dan ilmu Falak ini dapat berkembang dengan mekar lagi di Bumi Nusantara, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Sekian,
Wassalam.

Black Holes dan Kejadian Bintang-bintang

Seperti yang disebutkan sebelum ini, bintang-bintang tercipta daripada gumpalan asap tebal seperti yang Allah sebutkan dalam surah Fussilat ayat 11 yang bermaksud, "Kemudian dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu dia berkata kepadanya dan Bumi, 'Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa'. Keduanya menjawab 'Kami datang dengan tunduk'."

ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ

ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ

Sains membuktikan gumpalan asap ini mengandungi gas-gas hidrogen dan helium. Selepas berlalu masa jutaan tahun (selepas Big Bang), gas-gas ini menjadi semakin padat sehingga akhirnya melahirkan bintang-bintang dan galaksi. Hal ini disebutkan dalam The Vindication of the Big Bang: Breakthroughs and Barriers (Parker, BarryR., Plenum Press, New York 1993).


Di awal proses kelahiran bintang

Bintang-bintang adalah objek besar di kosmos dan jumlahnya begitu besar sekali. Di galaksi Bimasakti sahaja jumlahnya adalah antara 200 hingga 400 bilion. CNN.com bertarikh 23 Julai 2003 melaporkan jumlah bintang di langit melebihi 70 sextilion (iaitu 7 diikuti 22 kosong). Jumlah ini adalah berdasarkan kiraan yang dibuat para pengkaji daripada Australian National University. Jumlah ini bermaksud sekiranya dihitung pasir-pasir di semua pantai dan gurun di dunia jumlah bintang di langit adalah 10 kali ganda daripada jumlah itu.



Di dalam al-Quran terdapat lebih kurang 13 tempat yang menceritakan mengenai bintang-bintang. Perkataan yang digunakan oleh Quran adalah najmu (satu bintang) dan nujuum (banyak bintang). Sebagai contoh, dalam surah al-A'araf ayat 54, Allah menyatakan, "Dan (Allah mencipta) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk pada perintahnya." Antara faedah yang manusia peroleh daripada bintang-bintang adalah ia menjadi penunjuk jalan terutamanya bagi para pengembara.

ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ

ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ

ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ

ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ

Berhubung dengan ini dalam surah an-Nahl ayat 16, Allah berfirman,"Dan dia ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk."

ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ

Ahad, 4 Oktober 2009

Pintalan yang menakjubkan

Spiral Galaksi NGC 6217 yang terletak kira-kira 6 juta tahun cahaya dalam buruj Ursa Major, bersinar terang dalam imej pertama objek samawi yang diambil dengan menggunakan Hubble Advanced Camera for Surveys yang baru sahaja dibaiki. Kamera tersebut mula kembali beroperasi pada May semasa misi penyelenggaraan Hubble yang terakhir oleh Shuttle Atlantis. Imej ini telah dikumpul daripada perolehan data pada 13 Jun dan 8 Julai semasa ujian dan kalibrasi kamera ini.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Nama nama Buruj

Terdapat 88 buruj yang telah diklasifikasikan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU).

Kumpulan Buruj mengikut Keluarga
  • Ursa Major - 10 ahli
Ursa Major, Ursa Minor, Draco, Canes Venatici, Boötes, Coma Berenices, Corona Borealis, Camelopardalis, Lynx, Leo Minor

  • Zodiak - 12 ahli
Leo, Virgo, Libra, Scorpius, Sagittarius, Capricornus, Aquarius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer

  • Perseus - 9 ahli
Cassiopeia, Cepheus, Andromeda, Perseus, Pegasus, Cetus, Auriga, Lacerta, Triangulum
  • Hercules - 19 ahli
Hercules, Sagitta, Aquila, Lyra, Cygnus, Vulpecula, Hydra, Sextans, Crater, Corvus, Ophiuchus, Serpens, Scutum, Centaurus, Lupus, Corona Australis, Ara, Triangulum Australe, Crux
  • Orion - 5 ahli
Orion, Canis Major, Canis Minor, Monoceros, Lepus
  • Heavenly Waters - 9 ahli
Delphinus, Equuleus, Eridanus, Piscis Austrinus, Carina, Puppis, Vela, Pyxis, Columba
  • Johann Bayer - 11 ahli
Hydrus, Dorado, Volans, Apus, Pavo, Grus, Phoenix, Tucana, Indus, Chamaeleon, Musca
  • LaCaille - 13 ahli
Norma, Circinus, Telescopium, Microscopium, Sculptor, Fornax, Caelum, Horologium, Octans, Mensa, Reticulum, Pictor, Antlia

Tompok Hitam Gergasi

Satu kesan kotor yang gelap menunjukkan kesan perlanggaran kosmik didalam gambar Musytari ini, diambil pada 23 julai oleh Hubble's Wide Field Camera 3. Saintis mempercayai kesan kotor tersebut disebabkan oleh debu daripada sebuah komet atau asteroid yang jatuh dalam atmosfera Musytari.