Rabu, 2 Mac 2011

Matahari



Matahari merupakan jasad yang berada di tengah-tengah sistem suria yang dikelilingi oleh planet, asteroid, komet dan meteroid. Cahaya dan haba daripada matahari sangat penting untuk kehidupan di Bumi. Sumber tenaga matahari datangnya daripada pelakuran nuklear antara hidrogen dan helium yang berlaku di terasnya di mana merangkumi 25% daripada jejarinya. Solar neutrino yang terhasil daripada tindak balas nuklear di sini dapat di kesan di Bumi. Kajian struktur dan kedinamikan dalaman matahari dinamakan Helioseismologi. Cakera matahari yang dapat dilihat dinamakan fotosfera. Kawasan aktif seperti tompok matahari, faculae dan liang-liang terdapat di fotosfera. Kawasan ini mempunyai medan magnet yang kuat daripada 2000 ke 4000 Gauss.

Bahagian dalam atmosfera matahari terdiri daripada kromosfera. Spectroheliogram atau Spectrogram kromosfera mendedahkan struktur yang dikenali sebagai prominen, spicule, fibrils, plages dan flocculi. Bahagian luar atmosfera matahari merupakan korona.

Kesemua aktiviti akan berubah-ubah dan tempoh 11 tahun kitaran suria termasuk coronal mass ejection, flare dan kewujudan kawasan aktif yang berkait dengan tompok matahari. Sinar radiasi X-ray yang kuat daripada matahari memberi kesan kepada Ionosfera Bumi, cas-cas partikel yaang dilepaskan daipada matahari mungkin memberi kesan kepada angkasawan dan satelit buatan manusia. Coronal Mass Ejections mempengaruhi cuaca angkasa lepas dan boleh membawa kepada ribut magnetik, yang akan menghasilkan pertunjukan aurora.

Tiada ulasan: