Selasa, 29 Mac 2011

Penambahbaikan teleskop


Keperluan terhadap kajian alam semesta sangat hebat. Oleh itu ahli astronomi tidak boleh duduk dihadapan teleskop dan melakukan cerapan sahaja. Sebaliknya, pencerap perlu melihat kepada komputer! Cahaya dari bintang yang melalui sistem pengimejan elektronik direkodkan untuk kajian dikemudian hari oleh saintis dan mendapatkan gambar-gambar. Komputer yang berkuasa tinggi sangat penting untuk mendapatkan, memproses, menyimpan dan menganalisis data astronomi pada hari ini.


Charge Coupled device (CCD) merupakan pengesan elektronik yang sangat popular. CCD merupakan cip silikon yang kecil, elemen peka cahaya yang menukar cahaya kepada elektrik untuk komputer dan pemprosessan imej lanjutan. CCD lebih sensitif kepada cahaya berbanding filem fotografik dan ia boleh merekod objek kelam dan terang pada waktu yang sama.


Selalunya, peralatan yang dipanggil spektograf datang bersama-sama teleskop. Cahaya bintang bukan mempunyai satu warna sahaja, tetapi hasil gabungan pelbagai jenis warna atau panjang gelombang. Ahli astronomi mendapat maklumat tentang bintang-bintang daripada panjang gelombang yang berbeza inilah.



Anda boleh menghasilkan spektrum daripada cahaya matahari (cahaya bintang). Letakkan cermin di dalam bekas berisis air dan sandarkan ia dibahagian tepi bekas tersebut. Ubah Letakkan bekas di kawasan cahaya matahari yang terang supaya matahari menyinar di cermin tersebut. Gerakkan cermin sedikit sehingga anda melihat spektrum yang terbentuk di siling atau di dinding.


Spektroskop memisahkan cahaya kepada panjang gelombang komponennya untuk dilihat. Cahaya akan memasuki spektroskop melalui celah halus dan melalui collimating lens yang menghasilkan sinaran cahaya yang selari. Prisma akan menguraikan cahaya ini kepada warna yang berlainan (panjang gelombang). Spektrum ini direkodkan dalam spektrograf.


Apakah kegunaan spektograf? _______________________________________________________


Jawapan: Untuk memisahkan dan merakam panjang gelombang komponennya. <-- Sila highlight untuk jawapan

Tiada ulasan: