Hingga ke hari ini, kita berbicara mengenai permulaan alam dengan Big Bang, diikuti dengan proses kejadian alam daripada satu tahap ke tahap yang lain dan juga mengenai proses kejadian Bumi.
Teori Big BangPerlu diingatkan, apabila berbicara mengenai penciptaan langit dan Bumi, kita berbicara mengenai proses kejadian objek-objek. Bumi adalah objek. Demikian juga dengan langit. Ia mengandungi pelbagai jenis objek seperti bintang, galaksi, planet dan seumpamanya.
Planet di sistem suriaBintang-bintang di langit
AL-Quran menyedarkan kita di samping langit dan Bumi, Allah juga mencipta ruang antara langit dan Bumi. Perbincangan mengenai ruang yang memisahkan Bumi dengan objek-objek di langit baru sahaja diterokai oleh saintis-saintis bermula pada abad ke-20, sedangkan Quran menyatakan mengenainya sekian lama dahulu.
Dalam surah Toha, ayat 6 Allah berkata, "Apa yang ada di langit dan di Bumi, segala yang wujud antara kedua-duanya dan semua yang ada di bawah tanah, semuanya kepunyaan Allah."
Ayat ini menunjukkan unsur-unsur tertentu antara langit dan Bumi. Ayat seumpama ini terdapat di beberapa surah di dalam Al-Quran seperti surah al-Hijr ayat 85, surah al-Furqan ayat 59, surah al-Ahqaaf ayat 3 dan surah ad-Dukhaan ayat 7 dan 38.
Surah al-Hijr ayat 85
ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ
Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah serta layanlah mereka dengan cara yang elok.
Surah al- Furqan ayat 59
ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ
Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Dialah ar-Rahmaan; maka bertanyalah akan hal itu kepada yang mengetahui tentang-Nya
Surah Al-Ahqaaf ayat 3
ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ
Tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya melainkan dengan ada gunanya yang benar dan dengan masa yang tertentu dan orang kafir berpaling dari menerima peringatan yang diberikan kepada mereka mengenainya.
Surah Ad-Dukhan ayat 7
ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ
Tuhan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang yang yakin.
Surah Ad-Dukhan ayat 38
ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ
Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta apa ada di antara keduanya, secara main-main.
Sains hari ini mengesahkan ruang-ruang antara bintang dan galaksi (interstellar space) mengandungi unsur-unsur tertentu. Ia dikenali sebagai interstellar matter dan interstellar radiation field. Unsur terpenting yang memenuhi ruang ini adalah gas (termasuk plasma dan habuk kosmik). Ia wujud dalam bentuk atom, molekul, cahaya, radiasi dan yang seumpamanya. Adapun gas-gas yang wujud. 90 peratus daripadanya adalah hidrogen dan 10 peratus adalah Helium. Daripada gas-gas ini lahir bintang-bintang serta galaksi-galaksi baru. Hal ini dilaporkan oleh Britannica Encyclopedia Online dan Wikipedia Encyclopedia Online.
Pada hari ini isu berhubung ruang di angkasa raya semakin hangat diperkatakan terutamanya apabila para saintis berbicara mengenai daya tarikan graviti yang wujud antara bintang-bintang dan galaksi. Apakah unsur yang melahirkan tarikan ini? Sekiranya gas hidrogen dan helium berperanan melahirkan bintang-bintang dan galaksi, unsur apakah pula yang berperanan memastikan tarikan graviti antara bintang-bintang dan galaksi wujud pada keadaan yang seimbang? Pada hari ini para saintis menamakan unsur ini sebagai dark matter. Apakah sebenarnya dark matter? Hingga ke hari ini tiada seorang saintis yang mampu menjawab persoalan ini secara menyakinkan. Namun yang pasti adalah dark matter mengisi ruang antara langit dan Bumi.