Khamis, 22 Julai 2010

Lif Bulan boleh dibina dalam tempoh sedekad kata pemaju


Konsep Lif Angkasa Kredit:Liftport, ihsan Michael Laine


Idea untuk lif ke angkasa telah bermula sejak penghujung 1800, tetapi penyempurnaan kepada impian yang besar ini masih jauh lagi. Masalah utamanya adalah, tiada siapa yang mampu mebuat bahan yang diperlukan iaitu untuk membuat riben panjang yang sangat ringan, sangat kuat seperti carbon nanotubes, satu-satunya bahan yang diketahui sangat kuat untuk lif angkasa ini. tetapi usahawan, Michael Laine percaya, bahan yang ada sekarang juga mampu untuk membuat lif ke bulan. Dengan kajian yang bertambah dan modal yang mencukupi, Laine berkata lif ke bulan boleh dibina dalam tempoh satu dekad.

Disebabkan graviti Bulan cuma 1/6 daripada graviti Bumi, keperluan terhadap riben tersebut telah dikurangkan. Bahan sedia ada sekarang yang dinamakan sebagai Zylon (poly(p-phenylene-2,6-benzobisoxazole) iaitu sebuah bahan polimer sintetik, mempunyai kekuataan yang tinggi dan thermal stability yang baik boleh digunakan.

Tambahan lagi, komponen untuk membuat lif tersebut yang akan dihantar ke bulan adalah sangat ringan. Jadi, roket yang kecil juga mampu melaksankannya. Roket seperti Atlas atau Delta juga sudah memadai untuk tugas ini.
Konsep artis mengenai Lif Angkasa. Kredit:Caltech

Lif bulan ini mampu dilaksanakan dalam tempoh 5-7 tahun. Wang merupakan salah satu cabaran yang dihadapi untuk projek ini tetapi lif bulan berkemungkinan lebih murah untuk dibina berbanding lif angkasa dari Bumi.

Lif berasaskan Bumi mempunyai kabel yang panjang - berkemungkinan 100,000km (62,000 batu) panjang — yang di sokong pada hujung Bumi yang satu lagi dengan pengimbang berat (sebuah satelit yang besar sebagai contoh)

Konsep Lif Bulan; Kredit: Star Technology and Research, Inc./Jerome Pearson

Lif Bulan akan menggunakan riben sekurang-kurangnya 50,000 kilometers (31,000 batu) mengjangkaui Earth-Moon L1 LaGrange point dari anchor point berhampiran pusat bahagian Bulan yang boleh dilihat dari Bumi. Roket kecil seperti Atlas atau Delta boleh menghantar komponen ke L1 point.

Tiada ulasan: