Rabu, 14 Julai 2010

Rosetta bertemu Asteroid Lutetia



Lutetia pada jarakk terdekat. Kredit: ESA 2010 MPS for OSIRIS Team MPS/UPD/LAM/IAA/RSSD/INTA/UPM/DASP/IDA

Pada hujung minggu lalu, kapal angkasa Rosetta telah terbang melepasi asteroid Lutetia. Penerbangan ini merupakan satu kejayaan yang amat memberangsangkan kerana Rosetta berjaya melakukannya tanpa sebarang kesilapan. Pertemuan terdekat berlaku pada 16:10 GMT padaJuly 10, pada jarak 3,162 km (1964 batu). Imej ini menunjukkan Lutetia telah menerima banyak impak setelah 4.5 billion tahun akan kewujudannya. Semakin Rosetta menghampiri, bentuk seakan akan mangkuk memanjang merentasi asteroid itu jelas kelihatan. Imej ini mengesahkan bahawa Lutetia merupakan asteroid yang lonjong, dengan sisi terpanjangnya sekitar 130 km (80 batu).


Pada jarak 36,000 kilometer (22,369 batu),OSIRIS Narrow Angle Camera (NAC) mengambil gambar ini berlatar belakang planet Zuhal. Kredit: ESA 2010 MPS for OSIRIS Team MPS/UPD/LAM/IAA/RSSD/INTA/UPM/DASP/IDA

Rosetta yang bergerak pada kelajuan 15 km/s melengkapkan flyby ini cuma dalam masa seminit. Tetapi kamera dan peralatan lain telah bekerja berjam-jam lamanya dan dalam sestengah kes, ada yang berhari-hari lamanya. Sejurus berada pada jarak terdekat, Rosetta mula menghatar data ke Bumi untuk di proses, dan team Rosetta pasti mendedahkan lagi penemuan dalam beberapa hari dan minggu yang akan datang.

Gambar yang di Zoom in pada resolusi tertinggi. Kredit: ESA 2010 MPS for OSIRIS Team MPS/UPD/LAM/IAA/RSSD/INTA/UPM/DASP/IDA

Tiada ulasan: