Rabu, 7 Julai 2010

Bulan kecil membuat gelombang besar


Imej daripada Cassini menunjukkan Daphnis menghasilkan gelang di Zuhal. Kredit: NASA/JPL/Space Science Institute

Bulan bagi planet Zuhal, Daphnis cuma 8 kilometers lebar, tetapi ia memberikan impak yang besar kepada cincin A, membuat gelombang pada hujung gelang. Daphnis terletak dalam Keeler Gap, yang mana cuma berukuran 42km lebar, tetapi orbit eccentric bulan Zuhal tersebut menyebabkan jaraknya dari Zuhal to vary almost 9km, dan kecondongannya menyebabkan ia bergerak ke atas dan ke bawah kira kira 17 km. Ini mungkin tidak bunyi seperti ada perbezaan yang banyak , tetapi inilah yang membolehkan gelombang kelihatan di hujung ruang ini. Kewujudan Daphnis cuma disedari pada 2005, ia merupakan salah satu penemuan oleh kapal angkasa Cassini dan ini merupakan imej pertama di mana Daphnis kelihatan lebih besar daripada sebuah titik. Klik pada imej untuk melihat gambar yg lebih besar.

Imej ini dirakam pada 5 Julai, 2010, dan dihantar ke Bumi kelmarin (6 Julai). Lihat dibawah untuk imej terbaru gelang Zuhal.


Imej terbaru gelang Zuhal Kredit: NASA/JPL/Space Science Institute

Tiada ulasan: