Satu perkara yang menarik mengenai ayat-ayat yang disebutkan sebelum ini adalah penggunaan perkataan samaawaat bagi menceritakan berkenaan langit. Samaawaat bermaksud langit-langit atau pun banyak langit. Justeru apabila kita berbicara berkenaan ruang antara samaawaat, kita berbicara berkenaan ruang-ruang di angkasa raya yang luas yang memisahkan Bumi dengan objek raksasa di kosmos.
Sebaliknya dalam surah al-Anbiya' ayat 16 allah menyatakan "Dan tidaklah kami ciptakan langit dan bumi dan segala apa yang ada antara kedua-duanyya dengan bermain-main." Dalam ayat ini Allah menggunakan perkataan samaa' dan bukan samaawaat. Samaa' bermaksud satu langit. Justeru tidak mustahil sekiranya ayat ini diturunkan bertujuan bagi menceritakan berkenaan ruang antara Bumi dengan satu bahagian yang langit iaitu langit yang terdekat dengan Bumi. Ruang antara langit dan Bumi yang terdekat dengannya ini mengandungi lapisan-lapisan atmosfera di samping planet-planet.
ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ
Secara dasarnya para saintis membezakan antara ruang yang memisahkan bumi dan bintang-bintang di kosmos dengan ruang yang memisahkan bumi dengan planet-planet yang berdekatan dengannya. ruang yang wujud di antara Bumi dan Bintang-bintang di kosmos dikenali sebagai ruang interstellar dan ruang yang memisahkan bumi dengan planet-planet terdekat dikenali sebagai ruang interplanetary.
Ruang interstellar teramat luas sehingga tidak dapat diukur menngunakan unit ukuran biasa seperti kilometer atau batu. Sebaliknya jaraknya diukur menggunakan ukuran tahun cahaya atau light years. Satu tahun cahaya bersamaan 5.88 trilion batu atau 9.46 trilion kilometer. Ini adalah jarak yang dilalui cahaya dalam masa setahun dengan kelajuan 299,792 kilometer sesaat atau 186,282 batu sesaat. Ia berbeza dengan ukuran jarak antara Bumi dan planet-planet (Interplanetary space) yang masih mampu diukur menngunakan batu atau pun kilometer. Hal ini dilaporkan nasa di www.nasa.gov/worldbook.
Sekiranya unsur utama yang wujud di ruang kosmos (interstellar space) adalah gas (terutamanya hidrogen), unsur utama yang memenuhi ruang antara planet (interplanetary space) adalah gas dalam bentuk plasma yang bersuhu tinggi, habuk kosmik (cosmic dust) di samping cahaya radiasi. Walaupun atmosfera, ia adalah ruang udara yang meliputi Bumi. Ia mengandungi 78 peratus nitrogen, 21 peratus oksigen dan beberapa gas yang lain, umpamanya wap air. campuran gas-gas di atmosfera ini dikenali sebagai udara (air).
Justeru pernyataan Quran berkenaan kewujudan langit, Bummi dan ruang antara kedua-duanya selari dengan penemuan sains pada harini. Berpandukan ayat-ayat Quran ini, manusia akan lebiih mengenali alam ciptaan Allah sekali gus menyedarkan betapa agungya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan