Perkataan Astronomi berasal dari perkataan astron (ἄστρον), "bintang", and nomos (νόμος), "hukum" dalam bahasa greek. Astronomi merupakan kajian saintifik tentang jasad samawi (seperti bintang, planet, komet, dan galaksi) dan fenomena yabg berasal dari luar atmosfera bumi (seperti latar belakang radiasi kosmik). Ia menitikberatkan tentang evolusi fizik, kimia, meteorologi, dan pergerakan of objek samawi, begitu juga dengan pembentukan dan pembangunan alam semesta.
Astronomi merupakan salah satu dari cabang sains yang tertua. Ahli sains semasa di awal tamadun menggunakan kaedah cerapan langit malam, dan artifak astronomi telah ditemui lebih awal lagi. Walaubagaimanapun, penciptaan teleskop telah diperlukan sebelum astronomi boleh dimajukan di dalam bidang sains moden. Sejarah menunjukkan, pelbagai bidang disiplin seperti astrometri, penciptaan kalendar, cerapan astronomi dan dan astrologi termasuk dalam bidang astronomi. tetapi astronomi professional sekarang, diambil kira lebih sinonim kepada astrofizik. sejak kurun ke-20, bidang astronomi professional telah terpecah kepada cerapan dan teori. Cerapan astronomi memfokuskan kepada mendapat dan menganalisis data, terutamanya menggunakan prinsip asas fizik. Astronomi theori mengorientasikan kepada pembangunan komputer atau model pengiraan untuk menerangkan objek dan fenomena astronomi. kedua-dua bidang ini saling melengkapi dengan astronomi teori mencari untuk menerangkan keputusan cerapan dan cerapan digunakan untuk mengesahkan keputusan teori.
Ahli astronomi amatur telah menyumbang kepada banyak penemuan penting astronomi, dan astronomi ialah salah satu dari cabang sains dimana amatur masih lagi memainkan peranan aktif, terutamanya dalam cerapan dan penemuan fenomena terbaru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan