Rabu, 31 Disember 2008

Diari Langit:Januari

Januari

Tahun yang dimulakan dengan letupan - Utarid, Zuhrah dan Musytari bersinar pada awal malam di mana Zuhal terbit kemudiannya.

Hello Utarid dan Zuhrah

Biar saya mulakan dengan ucapan Selamat Tahun Baru. Pada ketika ini umur bulan sabit adalah 4 hari dan Zuhrah (magnitude -4.3) berada satu pertiga di langit atau Musytari (magnitud -1.9) jauh di bawah berhampiran ufuk atau kaki langit. Melihat Musytari akan menemukan kepada Utarid (magnitud -0.7) kira-kira 1° ke kiri.

Pada 1 Januari, bulan sabit akan berada di bahagian kiri atas Zuhrah manakala Musytari dan Utarid kekal dekat berpasangan berhampiran ufuk. Walau bagaimanapun Utarid berada atas sedikit dari Musytari. Planet yang terkecil dan terbesar dalam sistem suria ini akan kekal dalam 5° antara satu sama lain (lapangan teropong) untuk lima hari pertama dalam bulan Januari. Selepas ini, Musytari akan sukar untuk dilihat memandangkan ia menuju inferior conjunction dengan matahari pada 25 haribulan.

Tiada ulasan: