Khamis, 25 Disember 2008

Teori Big Bang

Teori yang menjadi pegangan umum oleh para saintis berhubung permulaan alam semesta pada hari ini dikenali sebagai teori big bang. Mengikut laporan yang terdapat dalam lawan web NASA, dalam segmen Big Bang Cosmology di http://map.gsfc.nasa.gov, kejadian alam bermula 12 hingga 14 billion tahun dahulu. Alam pada masa itu cuma kecil sahaja. Lebih kecil dari sebuah titik yang anda boleh buat menggunakan pensil atau pen. Sejak daripada tarikh itu ia sudah mengembang sehingga menjadi seperti apa yang kita lihat pada hari ini.

Mengikut teori Big Bang, alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlaku suatu letupan yang kuat, sekitar 12 hingga 14 billion tahun dahulu. Selepas itu berlaku pengembangan dan penyejukan sehingga akhirnya lahir bintang-bintang, planet-planet, galaksi dan yang seumpama dengannya.

Teori ini pada asalnya dicadangkan berasaskan formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915. Kemudian pada tahun 1922 seorang pakar fizik Rusia, Alexander Friedman, mengembangkan lagi teori ini dan dengan itu mengukuhkan teori ini.
Alexander Friedman

Pada tahun 1929, seorang tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, menenmui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan peralatan canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang . Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang mengatakan alam ini bercantum padu pada asalnya diikuti dengan satu letupan besar, kerana letupan itulah yang menyebabkan pengembangan ini. Hal ini disebutkan dalam Encarta Encyclopedia (CD) dalam segmen big bang theory (Introduction).

Kewujudan gas helium dan sinaran radiasi secara seimbang di angkasa raya, menguatkan lagi teori Big Bang. Kajian mengenai tahap radiasi di angkasa raya dilakukan pakar astrofizik dari Amerika, Arno Penzias dan Robert Wilson, pada tahun 1965, dan penemuan ini disahkan oleh pakar-pakar sains yang lain dengan menggunakan alat pengesan khas NASA yang bernama COBE spacecraft antara tahun 1989 hingga 1993. Pada hari ini, dengan kewujudan alat dan prasarana yang lebih canggih, sebagai contoh, makmal CERN yang terletak berhampiran dengan bandar Geneva di Switzerland, banyak kajian baru dapat dilakukan. Kajian - kajian terkini dari makmal ini mengukuhkan lagi teori Big Bang. Hal ini dilaporkan oleh Particle Physics and Astronomy Research Council (PPARC, UK) dalam artikel Big Bang Science (1999) di http:hepwww.rl.ac.uk/pub/bigbang. Pada hari ini teori Big Bang menjadi satu teori yang sukar digugat dan pakar-pakar menganggapnya sebagai satu pegangan yang diiktiraf dalam ilmu kosmologi moden (standard cosmology) pada hari ini.















Arno PenziasRobert WilsonDr Alfred Kroner

Arno Penzias

Robert Wilson

Dr Alfred Kroner




Justeru, kenyataan Quran berhubung permulaan alam sememangnya saintifik. Antara pakar yang kagum dengan ayat ini adalah Dr Alfred Kroner. Beliau adalah seorang profesor dalam bidang sains geologi dan pernah menjadi dekan di Jabatan Geologi di Institute of Geosciences, Johannes Guternberg University, Mainz, Germany. Berhubung ayat ini beliau berkata,
"Melihat asal usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal usul yang sama. Hal ini disebabkan ilmu mengenainya hanya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini, itu pun dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuklear 1400 tahun dahulu, saya rasa tidak akan mampu mengetahui mengenainya"


Akhirnya beliau berkata ,
" Apabila kita menghimpunkan semua kenyataan Quran berkaitan dengan bumi dan kejadiaannya, dan kita kaitkannya dengan sains kita akan mengatakan kenyataan (Quran) secara dasarnya adalah benar.Hal ini dapat dibuktikan dengan menggunakan pendekatan yang saintifik. Banyak daripada kenyataan ini tidak dapat dibuktikan dahulu tetapi pada hari ini sains moden dapat membuktikan kebenarannya. Hal ini dilaporkan di dalam A Brief Illustrated Guide to understanding Publications, edisi kedua Mei 1990 "

CERN, adalah European Organization for Nuclear Research, atau Organisasi Eropah untuk penyelidikan Nuklear. Merupakan pusat penyelidikan saintifik yang terbesar dan dihormati di dunia. Urusannya adalah Fizik asas dan mencari alam semesta ini diperbuat dari apa dan bagaimana ia berfungsi.

Tiada ulasan: