Selasa, 2 Disember 2008

Kursus Falak dan Muktamar Sanawi ke-14

Baru-baru ini telah berlangsung kursus falak dan muktamar sanawi Persatuan Falak Syarie Malaysia pada 29 dan 30 november bersamaan 1 dan 2 Zulhijjah bertempat di Kompleks Falak AlKhawarizmi Melaka. Kursus ini telah dihadiri kira-kira seramai 20 orang. 
Acara yg bermula seawal jam 9 pagi didahului dengan pendaftaran para peserta dan sarapan. Kemudian, pada pukul 10 pagi kursus dimulakan dengan kursus mengenai konsep penetapan bulan hijrah oleh Dr Azahari. Selepas itu majlis berehat untuk makan tengah hari dan solat zohor. Majlis bersambung pada pukul 3 petang dengan muktamar sanawi kali ke 14. 

Muktamar berhenti pada pukul 6 petang untuk minum petang dan solat asar. Selepas itu acara yg ditunggu-tunggu tiba, cerapan langit oleh Dr Kassim. Kursus Cerapan memfokuskan kepada cara mendiri siap teleskop dan cerapan hilal dan jasad samawi seperti buruj orion, planet zuhrah, musytari dan bintang sirius telah diadakan. 

Pada malamnya diadakan kursus untuk membuat email berdasarkan domain falak syari sendir yg dikendalikan oleh Encik Rahonny.Acara tersebut selesai kira-kira jam 11 malam. Acara tersebut merupakan acara penutup untuk kali ini. Selepas itu kami bersama-sama bergotong royong mengemas bilik kuliah tersebut.  

Tiada ulasan: