Rabu, 17 Disember 2008

Tahun 2008 akan mempunyai lebih 1 saat


Balaicerap Tentera Laut Amerika Syarikat akan tambah saat lompat kepada jam.

Sumber masa rasmi bagi Bahagian Pertahanan, Sistem Penentuan Global (GPS)
8 Disember , 2008
Pada 31 Disember 2008, “saat lompat” akan ditambah pada jam dunia pada 23 jam, 59 minit, dan 59 saat Coordinated Universal Time (UTC). Ini bersangkut paut kepada 6:59:59 p.m. Eastern Standard Time bila tambahan saat dimasukkan pada Kemudahan Jam Utama di Balaicerap Tentera Laut Amerika Syarikat di Washington, DC. Ini menandakan saat lompat ke-24 akan ditambah pada UTC, skala nasa yang seragam disimpan dalam jam atom sekitar dunia sejak 1972.

Masa berasaskan kepada putaran bumi relative kepada jasad samawi dan saat telah dieertikan dalam kerangka masa ini. Walaubagaimanapun, penciptaan jam atom membolehkan skala “masa atom” diertikan dengan lebih tepat dan saat tidak bergantung dengan putaran bumi. Pada tahun1970, satu perjanjian antarabangsa mewujudkan dua skala masa: satu berasakan putaran bumi dan satu berasakan masa atom. Masalahnya, putaran bumi semakin perlahan, di mana penambahan berkala “saat lompat” dalam skala masa atom untuk megekalkan dua dalam 1 antara satu sama lain.

The International Earth Rotation and Reference Systems Service (IERS) atau Perkhidmatan Sistem Rujukan dan Putaran Bumi Antarabangsa memantau perubahan dalam dua skala waktu dan berkuasa memasukkan atau mengeluarkan saat lompat bila diperlukan. Sejak tahun 1972, saat lompat telah di tambah dalam sela masa dari 6 bulan ke 7 tahun, dengan yang terakhir dimasukkan pada 31 Disember 2005

Balaicerap Tentera Lut Amerika Syarikat bertanggungjawab menentukan kejituan dan ketepatan masa bagi Bahagian Pertahan dan menjaga Jam Utama. Balaicerap tentera Laut Amerika Syarikat bersama Institut Standard dan Teknologi Kebangsaan menentukan waktu bagi Amerika Syarikat. Alat navigasi elektronik moden dan system komunikasi bergantung kepada ketepatan waktu melalui Internet berasaskan Jaringan Protokol Masa (Internet-based Network Time Protocol) dan berasaskan satelit iaitu Sistem Penentuan Global (Global Positioning System
Balaicerap Tentera Laut Amerika Syarikat penyumbang tunggal terbesar kepada skala waktu antarabangsa di Biro Timbangan dan Ukuran (International Bureau of Weights and Measures) di Paris.

Tiada ulasan: