Astronomi tidak sama seperti cabang sains yang lain. Ia boleh dinikmati seiapa sahaja yng bertuah mendapat langit yang cerah pada bila – bila masa. Tidak seperti arkeologi, astronomi merupakan makmal yang tersedia bagi semua orang baik amatur atau pun professional. Sepasang teropong atau teleskop yang kecil mampu untuk menunjukkan kawah bulan, bulan bagi planet musytari, dan beribu-ribu bintang dan galaksi. Maka dengan belanja dan usaha yang kecil mampu untuk mencapai luar ruang lingkup bumi dan menyaksikan alam semesta kepada diri sendiri.
Astronomi menawarkan perjalanan yang penuh imaginasi. Biasanya kita tidak fikir bumi kerap kali dilimpahi oleh cabang dari object yang berterabur di merata alam semesta, Tapi itulah yang berlaku. Cuma yang perlu kita lakukan sebagai pencinta astronomi hanyalahmenerima sebahagian cahaya untuk meningkatkan penglihatan kita untuk menjangkau dari permukaan bumi kr sistem suriakita, galaksi kita dan quasar.
Astronomi tidak terhad pada waktu malam sahaja. Astronomi di siang hari seperti cerapan suria atau pun matahari mampu menunjukkan secara dekat bintang yang memberi kuasa ke bumi dan sistem suria.
Sebelum memulakan ke dalam hobi yang begitu mengujakan ini, adalah baikuntuk kita melihat semula struktur alam semesta ini. Sistem suria kita mengelilingi matahari. Mengikut susunan yang paling dekat kepada matahari ialah:
1. Utarid
2. Zuhrah
3. Bumi
4. Marikh
5. Zuhal
6. Musytari
7. Uranus
8. Neptun.
Tambahan kepada planet, sistem suria kita mengandungi batu-batu kecil dan debu-debu berais yang kita lihat sebagai komet, asteroid dan meteor. Jarak di dalam sistem suria dihitung menggunakan unit astronomi(Astronomical unit, AU). Satu AU merupakan jarak antara bumi dan matahari, lebih kurang 93 juta batu atau 1150 juta kilometer. Di dalam galaksi kita iaitu bima sakti (milky way) mengandungi beratus bilion bintang. Kita wujud di dalan lengan lengkung galaksi kita, kira-kira tiga perempat dari tengah galaksi. Untuk merentasi cakera galaksi kita, kira-kira 10000 tahun cahaya diperlukan. Tahun cahaya ialah jarak yang ditempuh cahaya dalam satu tahun (kira 0kira 6 trillion batu). Walaubagaimanapun skala yang besar ini dikerdilkan dengan adanya alam semesta ini. Jarak galakisi yang boleh kita perhati dari bumi adalah 10 bilion tahun cahaya atau lebih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan