Ahad, 21 Disember 2008

Quran dan Teori Kejadian Alam

Alam semesta mempunyai permulaannya. Dalam Surah Al Anbiya' ayat 30 Allah berfirman
"Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu kedua-duanya dulu adalah suatu yang padu (ratqa) kemudian kami pisahkan antara kedunya (fataq). Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup"

Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama, mengenai asal usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercamtum padu sebelum dipisahkan antara keduanya. Kedua, ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala hidupan. Tanpanya, hidupan tidak akan wujud sama sekali.

Terdapat dua perkataan dalam ayat ini yang perlu diberikan fokus, iaitu ratqa dan fataq. Ratqa berasal dari perkataan arab Rataqa yang bermaksud patch up, sew up iaitu ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup.

Fataq pula berasal daripada bahasa Arab Fataqa yang bermaksud unsew, unstitch, rip open, tear apart iaitu dibuka, dibelah dan dikoyak. Ia melambangkan sesuatu yang terbuka, terungkai dan mengembang.

Berhubung dengan ayat ini,
Imam Said bin Jubair berkata
"Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlaku lah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan Allah dalam ayat ini."

Tafsiran oleh Imam Said bin Jubair ini yang dinyatakan lebih daripada 1000 tahun dahulu mengagumkan. Berhubung dengan tafsiran ini, Syeikh Said Hawa berkata dalam al-Asas fi al-Tafsir,
"Tafsiran yang dibuat, sebagai contohnya oleh Imam Said, menceritakan mengenai sesuatu yang tidak diketahui melainkan baru-baru ini."
Hal ini disebabkan kenyataan ini memang selari dengan penemuan sains pada hari ini berhubung kejadian alam semesta.



Tiada ulasan: