Ahad, 31 Mei 2009

Kecerahan Bintang

Sesetengah bintang di langit kelihatan lebih cerah daripada yang lain. 'Apparent magnitude' merupakan ukuran kecerahan bagi objek di langit yang dilihat dari Bumi. Bintang-bintang mungkin kelihatan cerah kerana meraka memancarkan cahaya yang sangat yang banyak atau kerana mereka dekat dengan Bumi.

Pada kurun kedua sebelum masihi, ahli astronomi Greek Hipparchus membahagikan bintang-bintang yang boleh dilihat kepada enam kelas, atau magnitud mengikut kecerahannya. Beliau menomborkan magnitud dari 1(paling cerah) kepada 6(kurang cerah).



Ahli astronomi moden menggunakan kaedah yang lebih jitu. Mereka menggunakan peralatan dipanggil photometer untuk mengukur kecerahan. Magnitud untuk bintang yang paling cerah adalah negatif - bintang yang paling cerah pada waktu malam, Sirius diukur pada -1.46. Magnitud berada dalam julat sekitar -26.72 untuk matahari kepada +28 untuk objek paling malap yang boleh dicerap menggunakan teleskop besar. Perbezaan 1 magnitud bermakna ratio kecerahan kira-kira 2.5.


Sebagai contoh, kita menerima kira-kira 2.5 kali cahaya dari Vega, bintang yang mempunyai magnitud 0, jika dibandingkan dengan Deneb, bintang yang mempunyai magnitud 1 dan kira-kira 6.3 kali cahaya dari Polar yang bermagnitud 2.

Apakah yang dimaksudkan dengan "Apparent Magnitude"?
Bagaimana kecerahan objek di langit dilihat. <-- Highlight utk jawapan

Enam atau pun lapan hari?

Kenyataan berkenaan kejadian langit dan Bumi melalui enam masa ataupun peringkat kejadian dinyatakan di beberapa tempat di dalam Quran. Sebagai contoh, dalam surah Hud ayat 7, surah al-A'raaf ayat 54, surah Yunus ayat 3 dan surah al-Furqan ayat 59.

Walau bagaimanapun dalam surah Fussilat ayat 9 hingga 12, Allah menjelaskan, "Sesungguhnya patutkah kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan Bumi dalam masa dua hari dan kamu adakan sekutu-sekutu baginya. Yang (bersifat) demikian itu adalah Tuhan semesta alam. Dan dia menjadikan di bumi itu gunung-ganang yang kukuh di atasnya. Dia memberkatinya dan dia menentukan bahan-bahan keperluan hidup penghuninnya dalam masa empat hari. (Penjelasan itu sebagai jawapan) bagi orang-orang yang bertanya. Kemudian dia menuju ke arah langit sedangkan langit masih merupakan asap. Lalu dia menjelaskan kepadanya dan kepada Bumi, 'Datanglah kamu keduanya menurut perintahku samada dengan suka hati atau terpaksa,' Keduanya menjawab, 'Kami berdua datang dengan suka hati.' Maka dia menjadikannya tujuh langit dalam dua hari dan dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya. Dan kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta kami mememlihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlan ketentuan Allah yang maha perkasa, lagi maha mengetahui."

Sekiranya kita mengamati ayat-ayat ini sepintas lalu, ia seolah-olah menunjukkan proses kejadian langit dan bumi melalui lapan masa (dan bukannya enam), iaitu, "Dia menciptakan Bumi dalam masa dua hari. Dia menjadikan gunung-ganang dan menentukan bahan-bahan keperluan hidup atas Bumi dalam masa empat hari. Dia menjadikan tujuh langit dalam masa dua hari." Musuh-mush Islam suka menjadikan ayat ini sebagai bukti al-Quran tidak autentik. Mereka sebenarnya yang tersilap bukannya al-Quran.

Sebenarnya bahagian satu dan dua iaitu, "Dia menciptakan Bumi dalam masa dua hari. Dia menjadikan gunung-ganang dan menentukan bahan-bahan keperluan hidup atas Bumi dalam masa empat hari," adalah episod-episod bertindih yang berkaitan dengan proses yang sama iaitu proses kejadian bumi. Ia dapat dikiaskan dengan kenyataan seseorang iaitu, "Saya membuat asas ini dalam masa dua hari,. Kamu tidak percayakah? Saya bina dan lengkapkan rumah ini dengan segala kelengkapannya dalam masa empat hari." Berdasarkan kenyataan ini anda dapat mengatakan rumah ini dibina dalam masa enam hari. Namun kenyataan ini juga dapat ditafsirkan bagi membawa maksud pembinaan rumah ini memakan masa empat hari, iaitu dua hari bagi membuat asas rumah dan baki dua lagi bagi menyempurnakannya kerana terdapat pertindihan antara proses pertama dan kedua.

Berbalik dalam ayat-ayat ini dalam surah Fussilat ini, ciptaan bumi sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada kejadian gunung-ganang serta bahan-bahan keperluan hidup kerana semuanya berlaku serentak. Hal ini disebabkan gunung-ganang merupakan sebahagian daripada muka bumi. Justeru hari-hari yang Allah sebutkan dalam bahagian satu bertindih dengan hari-hari yang Allah sebut dalam bahagian dua.
Oleh sebab itu, dalam Tafsir al-Quran al-Azim, Imam Ibn Kathir berkata, "Allah mencipta Bumi dan apa yang terdapat di atasnya dalam masa empat hari dan Allah mencipta langit dalam masa dua hari."


Imam an-Nasafi pula berkata, "Berhubung dengan penciptaan bumi, (Allah menetapkan) dua hari bagi penciptaan bumi dan dua hari lagi bagi penciptaan gunung-ganang dan penetapan keperluan hidup. Kesemuanya memakan masa empat hari." Hal ini dinukilkan dalam al-Asas fi al-Tafsir oleh Said Hawa.

Seterusnya Said Hawa sendiri dalam kitab beliau al-Asas fi al-Tafsir berkata, "Berpandukan dalil-dalil daripada al quran, kenyataan langit dan Bumi dicipta dalam enam peringkat dapat dianggap sebagai satu pandangan yang putus tanpa perbezaan pendapat (qat'ii) di kalangan ulama Islam"

Khamis, 28 Mei 2009

Nama-nama bintang

Suatu masa dahulu, lebih 50 bintang-bintang yang terang telah diberikan nama yang sesuai di dalam bahasa Latin, Greek, dan Arab. Nama-nama bintang yang terkenal dan terang di cetak di atas Peta Bintang dengan huruf besar dipermulaannya.


Ahli astronomi pada hari ini menggunakan abjad dan nombor untuk mengenal pasti ratusan ribu bintang. Mereka merujuk setiap bintang yang paling terang di dalam setiap buruj dengan huruf Greek dan perkataan Latin sebagai nama buruj. Kebiasaannya bintang yang paling terang di dalam buruj dirujuk sebagai (a) alpha, bintang yang seterusnya terang sebagai (B) Beta dan seterusnya. Maka Regulus dipanggil sebagai a Leonis atau bintang yang paling terang dalam buruj Leo. Bintang malap yang tidak ditunjukkan dalam peta bintang dikenalpasti sebagai nombor di dalam katalog bintang.

Di dalam kesibukan kota metropolitan, anda cuma boleh melihat bintang yang paling terang sahaja. Bila anda berada jauh dari cahaya di bandar dan bangunan serta langit sangat gelap dan cerah anda boleh melihat kira-kira 2000 bintang dengan mata kasar anda.

Penciptaan alam dalam Enam Hari?

Kejadian langit dan Bumi melalui fasa-fasa tertentu. Dalam surah Hud ayat 7, Allah berfirman "Dan dia yang mencipta langit dan Bumi dalam mas enam hari dan adalah Arasynya di atas air.." Ayat ini menjelaskan berkenaan dua perkara. Pertama, ia menjelaskan kejadian langit dan Bumi melalui pelbagai peringkat. Kedua, proses kejadian Langit dan Bumi melahirkan air dan Arasy Allah berada di atas air.

Semasa menjelaskan mengenai masa yang diambil bagi kejadian langit dan Bumi (iaitu enam hari), Allah menggunakan perkataan ayyaam. Mengikut Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic oleh J Milton Cowan, perkataan ayyaam bermaksud 'age, era, time' iaitu 'umur,era,masa'. Justeru ungkapan 'enam hari' yang terdapat dalam ayat ini bukan bermaksud enam hari seperti yang kita fahami pada hari ini. Sebaliknya ia bermaksud 'enam masa atau pun enam peringkat masa'. Hal ini mudah kita fahami apabila kita mengetahui hari-hari di sisi Allah adalah berbeza mengikut dimensi yang berbeza. Kadangkala satu hari di sisi Allah menyamai 50 ribu tahun mengikut kiraan dunia. Sebagai contoh dalam surah al-Ma'arij, ayat 4 Allah menyatakan "Malaikat-malaikat dan Jibrail naik (menghadap) kepada tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun."
Justeru, hari mengikut kiraan manusia di Bumi adalah berbeza dengan hari di alam yang berbeza dengan dimensi yang berbeza. Konsep ini adalah selari dengan sains berdasarkan konsep Pengembangan Masa atau Time Dilation yang dikaitkan dengan Teori Relativiti Albert Eintein.


Justeru, Syed Qutb di dalam Fi Zilal al-Quran berkata, "Tidak syak lagi yang dimaksudkan dengan hari dalam ayat ini adalah hari-hari yang ditetapkan Allah, dia sahaja yang tahu kadar masanya. Ia bukan hari-hari yang dihitung manusia di Bumi ini."


Hamka di dalam Tafsir al-Azhar pula berkata, "Hari (dalam ayat ini) adalah hari Allah, Tuhan sekalian alam. Ia adalah hari meliputi seluruh alam dan bukannya hari yang dikira menurut peredaran Bumi mengelilingi matahari yang hanya memakan masa 24 jam. Berjuta-juta bintang di langit mempunyai hari-harinya sendiri, mengikut edarannya mengelilingi matahari. Ada antaranya yang lebih panjang daripada hari di Bumi dan ada juga yang lebih pendek. Maka hari sebelum Bumi tercipta sudah pasti berbeza dengan hari sekarang ini."

Rabu, 27 Mei 2009

Buruj

Sesuatu yang menyeronokkan untuk keluar dan melihat bintang biru putih yang muda atau bintang gergasi merah yang sedang mati di langit selepas anda membaca mengenainya. Anda mesti ingat yang anda tidak mampu untuk mengenal dari satu bintang ke satu bintang bila anda mula mencerap bintang, tetapi anda pasti boleh.

Bintang kelihatan seperti berada didalam satu kumpulan yang mempunyai corak di langit. Corak bintang ini dikenali sebagai Buruj. Melajar untuk mengenal pasti buruj-buruj yang mudah dilihat akan membantu anda untuk mengenal bintang-bintang didalamnya.

Terdapat 88 buruj yang secara rasminya diiktiraf oleh International Astronomical Union (IAU) atau Kesatuan Astronomi Antarabangsa. Nama latin mereka dan nama Asterism, atau bentuk bintang poopular yang tidak rasmi ditulis dalam huruf besar.
Ribuan tahun dahulu, manusia menamakan buruj mengikut binatang seperti Leo sebagai Singa atau watak mitos seperti Orion atau Belantik sebagai Pemburu. Lebih 2000 tahun dahulu, masyarakat Greek purba telah mengenalpasti 48 buruj.
Ahli astronomi moden menggunakan nama mengikut sejarah buruj merujuk kepada 88 bahagian langit dan bentuk dongeng dahulu. Mereka merujuk buruj untuk mengenal pasti objek di langit. Umpamanya mengatakan Marikh di dalm Leo membantu mencari planet itu, seperti mengatakan Jasin di dalam Melaka membantu untuk mencari bandar itu.

Leo the Lion

Bintang yang paling terang menandakan hatinya


Senaraikan 12 buruj zodiak
Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagittarius, Capricorn dan Aquarius <-- Highlight utk jawapan

Alam Semesta Mengembang

Sejak alam ini wujud melalui ledakan Big Bang ia terus mengembang hinggalah ke hari ini. Berhubung dengan fenomena ini, dalam surah az-Zariyat ayat 47 Allah menjelaskan, "Dan langit kami bangun dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya."

Dalam ayat ini Allah menggunakan perkataan muusi'uun. Dalam bahasa Arab perkataan muusi'uun berasal daripada perkataan wasa'a. Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic oleh J Milton Cowan menterjemahkan perkataan wasa'a sebagai to be wide, roomy, spacious, extensive yang bermaksud 'menjadi besar, luas'. Justeru imam Ibn Kathir dalam tafsir al-Quran al-Azim menyatakan, ayat ini bermaksud, "Kami(Allah) meluaskan segenap penjuru (langit) dan kami meninggikannya tanpa sebatang tiang."


Pendapat ini diperkukuhkan lagi oleh As-Syeikh Said Hawa di dalam Al-Asas fi al-Tafsir. Beliau berkata, "Maksud ayat ini adalah langit ini Allah jadikan dalam keadaan mengembang secara berterusan atau pun Allah jadikan ia luas. Ayat ini adalah ayat mukjizat berhubung kejadian alam. Ia juga menunjukkan ilmu Quran jauh ke depan, melampaui tempat dan zaman. Justeru, sekiranya ada sesiapa yang masih enggan beramal dengan Quran kerana sombong dengan sains yang dimilikinya, baik sekiranya dia menilai semula dirinya sebelum terlambat."

Satu di antara versi Big Bang yang diterima umum oleh pakar-pakar sains hari ini adalah konsep pengembangan alam. Mengikut teori ini, di peringkat awal selepas berlakunya letupan Big Bang, alam ini mengembang 10 kuasa 50 daripada saiznya yang asal dan selepas itu proses pengembangan ini menjadi perlahan sedikit berbanding sebelumnya. Teori ini pada asalnya diutarakan oleh pakar kosmologi dari Amerika Alan Guth dan kemudiannya diperkembangkan oleh pakar astronomi Amerika, Paul Steinhardt, pakar astronomi Britain, Andreas Albrecht, dan pakar sains Rusia-Amerika, Andrei Linde. Hal ini dilaporkan di dalam Encarta Encyclopedia (CD) segmen Big Bang Theory, The Theory.

Paul Steindhart

Alan GuthAndrei LindeAndreas Albrecht

Alan Guth

Andrei Linde

Andreas Albrecht

Pada tahun 1929, tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, dengan menggunakan alat yang canggih, mengesahkan alam ini sedang mengembang. Beliau mendapati semakin jauh sesebuah galaksi itu dari Bumi, semakin laju proses pengembangannya. Pada 9 Mei 1996, satu kenyataan akhbar dikeluarkan NASA berhubung dengan teori ini. Dua kumpulan pakar sains mengesahkan alam ini sememangnya sedang mengembang. Malah mereka hampir dapat menentukan kelajuan pengembangan alam ini. Kumpulan pertama yang dikenali sebagai pasukan The Hubble Space Telescope Key Project Team, dianggotai 20 orang pakar astronomi. Kumpulan ini mendapati alam ini mengembang dengan kelajuan 80km sesaat semegapersaat (km/sec/Mpc). Kumpulan kedua pula mendapati pengembangannya berlaku dengan kelajuan 57km/sec/Mpc. Kenyataan ini dilaporkan di http://spacelink.nasa.gov/, di bawah tajuk Press Release No. STScI-PR96-21 (1996), 'Hubble Space Telescope On Track For Measuring The Expansion Rate of The Universe,' 9 Mei 1996.

Edwin Hubble

Pada hari ini dengan bantuan alat yang lebih canggih penemuan-penemuan semasa semakin memantapkan lagi teori pengembangan alam ini. Pada tanggal 16 Mac 2006, di bawah tajuk Astronomers Detect First Split Second of the Universe, Space.com melaporkan pakar-pakar astronomi NASA menemui bukti-bukti baru yang mengukuhkan lagi teori Big Bang. Mereka mendapati pada peringkat awal kejadian kosmos alam ini adalah lebih kecil daripada atom. Kemudian pada masa satu per setrilion saat ia mengembang sehingga menjadi kosmos yang luas. Penemuan ini dilaporkan berdasarkan data yang disalurkan oleh satelit NASA yang dilancarkan pada tahun 2001. Satelit ini dikenali sebagai Wilkinson Microwave Anisotropy Probe atau WMAP. Ia mengukuhkan lagi teori alam mengembang sekali gus menampakkan kebenaran al Quran.
Wilkinson Microwave Anisotropy Probe

Selasa, 26 Mei 2009

Memahami Langit Berbintang

Pandangan Pencerap


Pada suatu malam yang gelap dan mempunyai langit yang cerah, langit kelihatan seakan sebuah kubah besar yang dipaku dengan jutaan bintang. Kita dapat lihat mengapa orang zaman dahulu mempercayai yang langit berbintang umpama sfera besar yang berpusing sekitar Bumi.

Hari ini kita tahu yang kedudukan bintang adalah sangat jauh. Sinaran matahari berlumba menerusi angkasa untuk sampai ke Bumi. Bumi berputar atau berpusing setiap hari pada paksinya (garis bayangan menerusi pusatnya di antara kutub utara dan selatan).
Tetapi gambaran langit sebagai glob bintang yang lutsinar dan besar yang berputar mengelilingi Bumi masih berguna. Ahli Falak atau astronomi memanggil ini sebagai celestial sphere atau sfera samawi. "Celestial" datang dari perkataan Latin yang bermaksud sebagai syurga. Ahli falak menggunakan sfera samawi untuk menetukan kedudukan bintang dan galaksi serta perjalanan Matahari, Bulan dan planet sepanjang tahun. Bila anda memandang bintang, bayangkan diri anda di dalam sfera samawi dan sedang memandang keluar.
Kenapa bintang-bintang di sfera samawi kelihatan seperti bergerak ketika anda sedang mencerap dari Bumi?
kerana Bumi sedang berputar pada paksinya di dalam sfera samawi. <-- Highlight utk mengetahui jawapannya