Jumaat, 22 Mei 2009

Meteor:Path to Destruction

Ini merupakan sebuah filem yang baru sahaja ditonton. Filem ini menceritakan bagaimana Amerika Syarikat berhadapan dengan situasi apabila sebuah asteroid sebesar Manhattan akan menghentam Bumi. Peristiwa ini bermula apabila sebuah komet kelas satu telah melanggar asteroid kelas satu dan telah mengubah orbit asteroid ini. Perlanggaran ini dapat dikesan oleh seorang profesor, Dr Lehman bersama pelajarnya, Imogene yang membuat kajian di Baja, Mexico.
Kemudian beliau menghubungi rakannya di Amerika Syarikat yang bekerja di Jet Propulsion Laboratories untuk memaklumkan keadaan tersebut tetapi rakannya itu enggan mempercayainya. Dr Lehman dan Imogene segera bertolak dari Baja ke Amerika Syarikat untuk memaklumkan keadaan tersebut kepada Kerajaan Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun pelbagai halangan terpaksa ditempuh oleh dr Lehman dan Imogene termasuklah kehabisan minyak di tengah jalan, Dr Lehman mati dilanggar dan banyak lagi.

Kematiaan Dr Lehman dan masalah yang menimpa Imogene mengakibatkan proses memusnahkan Ibu Asteroid yang dinamakan sebagai Cassandra tergendala. Ini kerana hanya Dr Lehman dan Imogene sahaja yang mempunyai algorithm untuk mengira trajektori asteroid tersebut. Sementara itu serpihan-serpihan perlanggaran asteroid itu telah mula memasuki Bumi dan menghentam Amerika Syarikat dan seluruh dunia. Keadaan bertambah panik dan nafsu mula menakluki hati. Segala satelit diangkasa telah musnah dilanggar serpihan asteroid itu juga. Amerika Syarikat mula mengarahkan tenteranya untuk menembak segala serpihan asteroid yang masuk ke dalam atmosfera Bumi.


Akhirnya, asteroid ini berjaya dihalang dari menghampiri Bumi dengan cara yang sangat unik, iaitu menggunakan Hukum Nemwton. Secara keseluruhannya cerita ini agak menarik untuk menyaksikan bagaimanakah persediaan kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan dari angkasa. Malangnya grafik letupan yang dipaparkan dalam cerita ini agak kurang mantap sedikit dan kawah daripada impak kesan hentaman asteroid itu kurang menjadi. Sekian

Tiada ulasan: